Firqah Akidah Islamiah Dalam Dunia Islam

RM65.00
9789835220159
In stock
+

Firqah Akidah Islamiah Dalam Dunia Islam

Author: Kamarul Azmi Jasmi
Publisher: UTM Press
ISBN: 9789835220159
Weight: 0.635
Pages: 421
Year: 2024
Price: RM65

Firqah Akidah Islamiah dalam Dunia Islam adalah sebuah karya yang mengupas dengan mendalam pemikiran dan firqah Islam yang menaungi jalan kebenaran, yakni jalur akidah Islam Ahli Sunah Waljamaah, berbeza dengan firqah akidah Islam yang terpesong dari landasan kebenaran. Kajian ini merentasi konsep Ahli Sunah Waljamaah dan kesederhanaan dalam kepercayaan ini, serta membongkar biodata cendekiawan utama dalam aliran ini, merangkumi kehidupan dan pemikiran akidah Imam al-Ash‘ari, Imam al-Maturidi, Imam al-Baqillani, Imam al-Bazdawi, dan Imam al-Juwainy. Lebih jauh, kajian ini mendedahkan firqah sesat dan terpesong dalam akidah Islam seperti fahaman Qadariyyah, Jabariyyah, Khawarij, Syiah, dan Muktazilah. 

Pembahasan tentang firqah ini melibatkan pengenalan kepada tokoh-tokoh, sejarah perkembangan, serta pemikiran kumpulan-kumpulan ini, beserta dalil dan bukti yang menunjukkan intipati akidah golongan ini yang menyimpang dari aliran Ahli Sunah Waljamaah . Selanjutnya, karya ini menggali isu-isu utama dalam akidah Islam dan membincangkan persoalan-persoalan yang timbul semasa di Malaysia dengan mendalam. Perbincangan mengenai akidah Islam ditekankan pada aspek-aspek mutashabihat, kekadiman al-Quran, keadilan para sahabat, serta konsep golongan Muslim, Muslim Hanif, kafir, dan ahli fatrah. Selain itu, pembahasan secara terperinci mengenai isu-isu semasa akidah Islam di Malaysia termasuk penggunaan kalimah “Allah” dalam kalangan bukan Islam, kontroversi berkaitan yoga, candlelight vigil, dan doa bersama antara Muslim dan bukan Muslim dalam majlis. Diharapkan buku ini dapat menjadi panduan bagi umat Islam di Malaysia dan Nusantara untuk memahami perbezaan antara akidah arus perdana Ahli Sunah Waljamaah yang bersifat sederhana dan benar, berbanding dengan aliran akidah yang menyimpang dan sesat, yang tidak berada di atas jalan kebenaran. Melalui pemahaman yang mendalam ini, pembaca diharapkan dapat memperkukuhkan ikatan akidah mereka dalam Islam dan menjauhkan diri dari pengaruh kerosakan akidah yang masih tersebar luas dalam masyarakat Islam masa kini.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US