Fungsi dan Kepentingan Enzim Fosfolipase A2 Kumpulan IIARembesab (sPLA2-IIA) dalam Sepsis Jangkitan Bakteria

RM20.00
9789672513018
In stock
+

Fungsi dan Kepentingan Enzim Fosfolipase A2 Kumpulan IIARembesab (sPLA2-IIA) dalam Sepsis Jangkitan Bakteria

Authors: Nurul Saadah Ahmad, Tan Toh Leong & Khaizurin Tajul Arifin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672513018
Weight: 0.17kg
Pages: 95pp
Year: 2021
Price: RM20

Sepsis merupakan keadaan di mana pesakit mengalami sindrom tindak balas inflamasi secara sistemik di seluruh badan akibat daripada jangkitan kuman. Kuman boleh berpunca daripada bakteria, virus, fungi dan parasit. Kemasukan toksin atau organisma patogenik ini ke dalam badan boleh menyebabkan seseorang pesakit mengalami sepsis dan seterusnya mengalami disfungsi sistem peredaran darah, kegagalan pelbagai organ, renjatan dan akhirnya menyebabkan kematian. Sehingga kini, pelbagai mediator dan tapak jalan infalamasi telah dicadangkan terlibat dalam patofiologi sepsis. Walau bagaimanapun, mekanisme patofisiologi sepsis adalah kompleks dan masih belum difahami sepenuhnya. Justeru, buku ini menghuraikan hubung kait antara aras enzim fosfolipase A2 kumpulan IIA rembesan (SPLA2-11A) dan aras metabolit tapak jalan eikosanoid di kalangan pesakit sepsis jangkitan bakteria serta mengkaji mekanisme SPLA2-11A dalam tapak jalan eikosanoid dengan menggunakan sel selanjar monosit manusia 1937. Kajian berkenaan SPLA2-IIA ini merupakan penyelidikan rintis dalam mengupas fungsi dan kepentingan SPLA2-IA serta metabolit eikosanoid dalam patofisiologi sepsis. Bukan sahaja penyelidik, buku penyelidikan ini sesuai menjadi bahan bacaan kepada pelajar sains kesihatan diperingkat pascasiswazah, mahupun pra-siswazah.

NURUL SAADAH AHMAD, telah berkhidmat lebih dari 10 tahun sebagai Pegawai Penyelidik di Jabatan Perubatan Kecemasan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Bioperubatan (dengan kepujian) UKM dan kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana dalam bidang Sains Perubatan (Biokimia) juga di UKM. Tercetusnya idea buku ini adalah hasil daripada kajian lepas yang menunjukkan terdapat potensi pada sejenis protein spesifik iaitu enzim fosfolipase A2 kumpulan IIA (SPLA2-11A) sebagai penanda biologi sepsis jangkitan bakteria. Susulan itu, kajian mengenai fungsi dan kepentingan SPLA2-11A ini dijalankan. Berminat untuk meneruskan penyelidikan terutama berkaitan pemprosesan signal, protein transmembran dan mekanisme tapakjalan penyakit. Berpengalaman dalam pengurusan penyelidikan dan rundingan statistik penyelidikan.

PROFESOR MADYA DR TAN TOH LEONG adalah pensyarah kanan dan pakar perunding perubatan kecemasan yang kini bekerja di Jabatan Perubatan Kecemasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Penyelidikan sepanjang hayatnya berkaitan dengan sepsis, penyakit jangkitan, biologi molekul dan rawatan kritikal dalam perawatan kecemasan. Beliau adalah pengasas dan Presiden Persatuan Malaysian Sepsis Alliance.

KHAIZURIN TAJUL ARIFIN, PhD ialah seorang pensyarah kanan di Jabatan Biokimia, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga aktif menjalankan penyelidikan dalam bidang tekanan oksidatif, penuaan, keradangan sel dan penggunaan yis sebagai organisma model, di UKM. Beliau adalah ahli Persatuan Malaysian Sepsis Alliance.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US