Futuwwah : Dan Mendidik Pemuda Menjadi Lelaki Bermaruah
Author: Dawud Walid
Translator: Rizky Febrian
Publisher: Imam Ghazali
ISBN:
Weight:
Pages: m/s
Year:
Price: RM40
Tradisi Islam sendiri telah lama menyeru kepada kebangkitan-semula kesateriaan rohani (futuwwah) inilah tugas besar kita pada zaman ini. Keunggulan akhlak yang dizahirkan Rasulullah telah diwariskan kepada ahli keluarganya dan para Sahabat. Ia adalah suatu amanah yang berat: maka mereka menempuh rites of passage (adat peralihan) dengan harapan yang tinggi agar amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan penuh cemerlang.
Sehubungan itu, buku Futuwwah dan Mendidik Pemuda Menjadi Lelaki Bermaruah ini akan mengupas prinsip-prinsip kesateriaan rohani yang perlu ditanam dalam jiwa lelaki serta diajarkan kepada para pemuda dalam masyarakat kita. Nilai-nilai luhur yang bakal dibincangkan bukanlah hak eksklusif bagi lelaki sahaja, tetapi buku ini ditujukan khusus untuk mereka kerana peranan dan tanggungjawab kelelakian yang semakin pudar dalam dunia pascamodenisme.
Antara kebingungan yang ditanam oleh arus zaman ini adalah wacana yang menuntut agar perbezaan dan pemisahan jantina dihapuskan sepenuhnya. Namun, sebagaimana anak-anak gadis memerlukan bimbingan daripada wanita dewasa dalam membentuk keperibadian mereka untuk menjadi perempuan yang terhormat, anak-anak lelaki juga memerlukan ruang khas untuk menghayati nilai-nilai sebagai lelaki yang bermaruah.
Dari sudut metodologi, buku ini menghuraikan nilai penting dalam pembentukan kelelakian sihat secara berperingkat, bermula dengan definisi dan konsep futuwwah. Hadis Nabi dan atsar Sahabat dinukilkan dengan keyakinan bahawa ulama futuwwah memahaminya selari dengan prinsip al-Qur'an.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.