Geografi Pilihan Raya Di Malaysia

RM68.00
10 days
9789674881870
In stock
+

Geografi Pilihan Raya Di Malaysia 

Editor: Amer Saifude Ghazali Junaidi Awang Besar
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674881870
Weight: 0.4 kg
Pages: 
Year: 2021
Price: RM68

Buku ini menampilkan himpunan penulisan para sarjana tempatan yang mengkhusus dalam bidang geografi pilihan raya. Penulisan bab-bab merupakan hasil dan analisis kajian pada peringkat pascasiswazah, penyelidikan di lapangan, rujukan sumber sekunder yang berautoritatif dan pembentangan kertas kerja dalam persidangan peringkat kebangsaan serta antarabangsa. 

Justeru, sumber yang digunakan sangat berwibawa dan boleh dipertanggungjawabkan. Kandungan buku ini membincangkan bidang kajian geografi pilihan raya di Malaysia dari sudut amalan dan aplikasi geografi dalam pilihan raya terhadap pemimpin, pengundi, parti politik, proses pilihan raya, kawasan pilihan raya, pola pengundian, demografi, etnik, belia dan geobencana. 

Geografi pilihan raya adalah kajian mengenai proses pilihan raya atau perwakilan yang berdasarkan faktor geografi iaitu perwakilan yang berdasarkan taburan pengundi serta kajian aspek ruangan organisasi manusia dan keputusan pilihan raya. Peranan faktor ruangan ke atas keputusan dan tindakan dalam pengundian di sempadan sesuatu kawasan pilihan raya merupakan elemen penting dalam pengkajian geografi politik. 

Secara mudahnya, bidang kajian geografi pilihan raya merangkumi persempadanan bahagian pilihan raya; pemetaan dalam keputusan pilihan raya; pengaruh unsur geografi iaitu interaksi, gerakan, sebaran dan kejiranan/sempadan terhadap politik pilihan raya; dan tingkah laku pengundian dan pola pengundian mengikut aspek geografi seperti dinamika ruang dan masa, kewilayahan, saiz dan bentuk kawasan, taburan geografi, jarak, ketersampaian, kejiranan, lokasi, geografi fizikal dan keterbandaran. 

Buku ini mesti dijadikan rujukan oleh pengkaji politik, masyarakat, pelajar pengajian tinggi dan calon pascasiswazah kerana sarat dengan olahan naratif pilihan raya dari perspektif geografi, data dan fakta yang digabungjalinkan dengan perbincangan analisis kritis yang mementingkan aspek nilai agar semua pihak dapat menerima seterusnya menilai fenomena politik pilihan raya di negara ini secara rasional dan dapat berfikir secara kreatif dan kritis dalam usaha mengembangkan bidang kajian geografi pilihan raya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI