Gerakan Islam di Malaysia: Kesinambungan, Respons dan Perubahan (1957-2000
Author: Mohd. Jamil Mukmin.
Publisher: UITM Press
ISBN: 9789673052387
Weight:
Pages: 351pp
Year: 2009
Price: RM35
Selepas Malaysia mencapai kemerdekaan, pendekatan dan peranan yang dimainkan oleh badan-badan Islam bukan kerajaan di Malaysia telah berubah daripada kegiatan yang berorientasikan kebajikan kepada perjuangan untuk mewujudkan transformasi supaya sistem pentadbiran negara dan cara hidup masyarakat selaras dengan konsep Islam sebagai ad-Din. Dalam kajian ini, penulis memberi tumpuan kepada tiga buah pertubuhan iaitu Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Darul Islam Malaysia (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), dan Darul Arqam dari tahun 1957 hingga 2000. Ini kerana ketiga-tiga pertubuhan ini merupakan badan-badan Islam yang kukuh dan terkenal bukan sahaja di Malaysia malah pada peringkat global.
Selain itu, peranan yang telah dimainkan oleh pertubuhan-pertubuhan ini juga telah banyak mempengaruhi corak sistem pentadbiran negara dan cara hidup masyarakat ke arah cara hidup Islam sebagai ad-Din atau disebut juga Nizam al-Hayah. hasil daripada perjuangan tersebut, dapat dilihat hari ini melalui pelbagai perubahan yang berlaku di dalam sistem pentadbiran kerajaan dan juga corak kehidupan masyarakat umum yang menuju ke arah penghayatan Islam seperti yang dituntut oleh al-Quran dan Sunnah.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.