​Hegemoni Budaya Politik Melayu

RM40.00
9789674122331
Out of stock

Hegemoni Budaya Politik Melayu

Author: Noor Sulastry Yurni Ahmad

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674122331

Pages: 264 pp

Price: RM40

Wa’adat atau kontrak sosial dalam Sejarah Melayu merupakan unsur signifikan dalam budaya politik Melayu tradisional. Perjanjian ini telah meninggalkan kesan kuat dalam arena politik Melayu, sebelum, ketika serta zaman pascakemerdekaan yang menjadi tumpuan utama kajian ini. Bukan sahaja raja atau pemerintah Melayu yang kuat membina budaya politik Melayu, malah tindakan kolonial juga penting bagi memahami perkembangan budaya politik Melayu di negara ini. Meskipun orang Melayu telah memahami pelbagai perubahan, namun unsur kepatuhan, kesetiaan, ketaksuban dan sifat submisif mereka terhadap raja serta pemimpin lokal tidak pernah berubah. Jalinan elemen tradisional bercampur baur dengan adat dan agama mengharungi proses modenisasi seiring dengan perkembangan budaya politik Melayu.

Justeru, kesan konstruksi kolonial terhadap politik masyarakat Melayu secara sedar atau tidak, mengimpak satu transformasi budaya politik dari kepatuhan kepada raja Melayu beralih kepada kolonial British dan kemudian kepada pemimpin Melayu bukan aristokrat. Kehadiran naluri insan dan keperluan wujudnya ketua atau 'natural obedience' yang sedia wujud dalam jiwa mereka menjadi penyebab utama kepada kelangsungan budaya submisif ini. Pendekatan konsep 'obedience' yang natural juga diaplikasi dalam membincangkan isu kepatuhan orang Melayu terhadap pemerintah yang lahir secara semula jadi mengikut 'instinct' atau naluri kebiasaan seseorang insan.

Buku ini membincangkan tentang hegemoni dalam budaya politik Melayu yang dimaksudkan kesetiaan masyarakat Melayu kepada pemimpin yang dianalisis sejak dari zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah kepada era pemerintahan Dr. Mahathir Mohamad. Namun, buku ini menyatakan hegemoni ini diterima dengan baik oleh orang Melayu kerana secara semula jadinya (natural obedience) adalah budaya politik orang Melayu. Buku ini menghujahkan hegemoni dalam masyarakat Melayu terbentuk semula jadi secara sukarela (consent).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US