Hak Kesihatan Orang Asli
Author: Nawal Mohamad Amin & Muhammad Sayuti Hassan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294865198
Weight: 189 g
Pages: 117 pp
Year: 2025
Price: RM29
Hak kesihatan Orang Asal seluruh dunia wajar diiktiraf seperti yang diperuntukkan di sisi undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Buku ini menganalisis secara khusus beberapa instrumen antarabangsa seperti Waad Antarabangsa mengenai Hak-Hak Sosial, Ekonomi dan Kebudayaan, Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal (UNDRIP) dan beberapa instrumen lain yang berkaitan. Di samping itu, buku ini mengenal pasti jurang perundangan mengenai hak kesihatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia. Terdapat perkara yang perlu ditambah baik berkaitan hak kesihatan Orang Asli sedia ada khususnya dari perspektif undang-undang. Oleh itu, cadangan penambahbaikan yang berpaksikan kepada UNDRIP dan keadaan kehidupan Orang Asli seperti pindaan kepada Akta Orang Asli 1954 (Akta 134), pelarasan Kanun Tanah Negara dengan Akta 134, pengoptimunan bajet tahunan terhadap Orang Asli dan pemerkasaan tadbir urus dan kerangka kesihatan Orang Asli wajar diberi perhatian. Buku ini mengupas hak kesihatan Orang Asli dengan menganalisis pelbagai isu berkaitan pengiktirafan hak berkenaan dari perspektif perundangan. Secara keseluruhannya, buku ini merumuskan bahawa hak kesihatan Orang Asli adalah hak asasi yang mustahak yang memerlukan penambahbaikan dan kerjasama daripada pelbagai pihak.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

