Hegemoni UMNO: Pembangunan dan Keruntuhannya Menurut Teori Kitaran Ibnu Khaldun

RM30.00
9789672464327
In stock
+

Hegemoni UMNO: Pembangunan dan Keruntuhannya Menurut Teori Kitaran Ibnu Khaldun

Author: Firdaus Zainal
Publisher: SIRD
ISBN: 9789672464327
Weight: 0.4 kg
Pages:127pp
Year: 2021
Price: RM30

Karya ini menceritakan tentang pembentukan, pembangunan dan keruntuhan sebuah parti politik tertua di Malaysia iaitu UMNO. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 tahun 2018, UMNO buat pertama kalinya tewas setelah memerintah Malaysia lebih 60 tahun. Kekalahan UMNO ini telah mengejutkan ramai penganalisis politik dan rakyat Malaysia khasnya. Ini kerana semenjak UMNO ditubuhkan pada tahun 1946, UMNO telah berjaya mengekalkan dominasi dan hegemoni parti merentasi enam dekad dan mencorak masa hadapan Malaysia. Sehingga kini, parti ini masih bergelut dengan perpecahan dalaman dan gagal mencari jalan keluar kepada permasalahan mereka bagi kembali memegang tampuk kuasa.

Ibn Khaldun seorang ahli Falsafah dan Sosiologi terkenal dunia telah merungkai proses kewujudan, pembangunan dan keruntuhan sesebuah dinasti dan empayar di dalam karya agungnya Muqaddimah. Idea-idea Ibn Khaldun banyak digunakan pengkaji Sains Politik untuk melihat tentang kemunculan dan keruntuhan beberapa buah dinasti dan kerajaan antaranya ialah Kerajaan Uthmaniyah, Khalifah Sokoto di Afrika Barat dan lain-lain. Ibn Khaldun memperincikan bahawa setiap dinasti/ empayar/kerajaan mempunyai kitaran hidup tertentu sama seperti kitaran hidup manusia iaitu bayi, dewasa dan mati. Beliau membahagikan fasa kitaran ini kepada lima bahagian bergantung kepada Assabiyah di dalam kumpulan itu.

Karya ini yang pertama di Malaysia yang menelusuri fasa-fasa pembangunan dan keruntuhan UMNO dengan melihat kepada ciri-ciri dan sifat yang disebutkan Ibn Khaldun di dalam kitab agungnya Muqaddimah. Ia menjawab persoalan kepada apakah faktor yang menyebabkan UMNO tewas setelah lebih enam dekad berkuasa samada parti itu mampu bangun semula untuk kembali memerintah atau sebaliknya.

Tentang Penulis

Mohammad Firdaus bin Zainal merupakan seorang penulis genre non-fiction merangkumi bidang Sains Politik, Sejarah Islam dan Medieval. Penulis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Sains Politik) daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah berkhidmat di 92 Anggota Tentera Cawangan Khas, Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan selama lapan tahun sebelum beralih profesion sebagai Senior Executive di sebuah syarikat swasta. Karier beliau lebih menjurus kepada bidang penyelidikan dan analisa politik semasa. Kini, beliau menjawat jawatan sebagai Pengurus Penerbitan dan penulis di Bibliotheca.

Minat menulis sejak dari bangku sekolah diterjemahkan ke dalam kerjaya dengan menghasilkan beberapa buah karya. Antara karya yang telah dihasilkan ialah: Gaddafi: Fakta di Sebalik Pembunuhan (Bibliotheca), Gaddafi: Facts of a Massacre (Bibliotheca), Al Quran & Manusia Melawan (Bibliotheca), Cahaya Muhammad: Kisah Mukjizat Manusia Termulia (Bibliotheca), Coronavirus: Pandemik & Senjata Bio (Bibliotheca), Sisi Gelap Media Sosial (Bibliotheca), Muhammad Bukan Pendusta: Membongkar Fitnah & Pembohongan atas Nama Nabi Muhammad s.a.w (Hijjaz Records Publishing), LGBT: Orientasi Seksual Terlaknat (Telaga Biru Sdn. Bhd.), Siri Ana Solehah (Ana Muslim Sdn. Bhd.)

Selain itu, penulis juga aktif menulis isu-isu semasa di laman Facebook Firdaus Zainal dan Bibliotheca. Berhasrat untuk menjadikan Islam kembali kepada keagungan ilmu seperti yang pernah dikecapi di era Abbasiyah, penulis kini sedang giat menghasilkan karya penulisan. Harapannya hanya dua, mahu terus tunduk terisi dengan ilmu dan membebaskan ilmu menjadi jariah yang berpanjangan untuk bertemu dengan Yang Maha Pencipta kelak.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US