Hidup & Mati: Menurut Islam & Neurosains
Author: Azizan Baharuddin & Norkumala Awang
Publisher: IKIM Press
ISBN:
Weight:
Pages:
Year:
Price: RM50
“Dialah yang menghidupkan kamu, kemudian Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur (atas nikmat-nikmat Allah) – Surah al–Hajj 22:66
Perbahasan mengenai kehidupan dan kematian seseorang manusia harus dilihat dari dimensi yang selari dengan pandangan alam Islam, iaitu prinsip tauhid dengan meletakkan keesaan Allah sebagai asas tertinggi dan juga akhirat sebagai matlamat akhir kehidupan manusia. Ia merupakan kehidupan sebenar manusia. Dalam ilmu sains, dengan berakhirnya fungsi biologi yang menyebabkan kematian jasad, kehidupan seseorang manusia tiba kepada noktah penamat. Perkhabaran yang benar daripada al-Quran menegaskan bahawa kematian jasad hanyalah permulaan kepada satu kehidupan yang lebih abadi. Maka, persoalan berkaitan hidup dan mati yang menjadi teras kepada fahaman kemanusiaan dan kejiwaan dalam Islam seharusnya mampu diharmonikan dengan penemuan-penemuan dalam bidang sains moden terutama sekali dalam neurosains. Justeru, buku ini menukilkan perbahasan yang menjadi amanah besar kepada pakar-pakar neurosains Muslim dan ilmuwan agama bagi mencari keharmonian antara sains dan agama demi kemaslahatan umat sejagat.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.