​Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa

RM50.00
9789672640516
In stock
+

Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa

Author: Hendrik M.J. Maier (Translate by Ahmad Tajuddin & Ruhan Shahrir)
Publisher: Intisari
ISBN: 9789672640516
Weight: 0.5kg
Pages: 
Year: 2022
Price: RM50

Hikayat Merong Mahawangsa: Pertarungan Wibawa di Jantung Kuasa adalah suatu kajian klasik ke atas Hikayat Merong Mahawangsa, karya agung dalam sejarah alam Melayu. Hendrik Maier bukan sekadar membaca teks semata-mata tetapi beliau turut menelusuri sejarah Hikayat Merong Mahawangsa dengan menampilkan konteks sosial dan politik serta pergelutan pemikiran yang ditempuh oleh bangsa Melayu ketika dua kekuatan luar yang diwakili oleh Islam dan Barat menerobos masuk dengan lebih gencar ke alam Melayu tatkala teks warisan tradisi itu ditemui. Pergelutan pemikiran Melayu tradisional yang berhadapan dengan dua idea asing yang besar dan berpengaruh serta bagaimana elit bangsawan Melayu berunding dengan kedua-dua tenaga dan pemikiran ini menjadi latar dan juga intisari yang cukup penting dalam analisis Maier terhadap teks kesusasteraan Istana.

Tatkala kebanyakan pengkaji lain menumpukan bacaan mereka ke atas Hikayat Merong Mahawangsa dengan menelusuri tema-tema lazim pengajian grafisejarah, Maier membacanya selangkah ke hadapan. Beliau membaca dengan intim teks warisan tradisi Melayu itu, menggunakan pendekatan Barthian. Pendekatan ini mempercayai bahawa sesebuah teks itu terbentuk daripada cebisan-cebisan tisu yang dikutip menerusi pelbagai teks-teks lain, yang pada gilirannya turut mengutip daripada teks-teks lain juga. Justeru sebuah karya adalah bayang-bayang intertekstual daripada karya-karya lain yang dimanfaatkannya. Ini merupakan amalan budaya intertekstual yang dikenali dalam budaya kesusasteraan Melayu (dan budaya kesusasteraan lain juga) kerana ia adalah bahagian daripada lautan amalan yang luas yang berkongsi airnya dengan mereka yang tinggal di tubir-tubirnya. Keadaan ini berlaku kerana sifat lisan-dengar yang mencirikan budaya persuratan dalam kesusasteraan Melayu tradisional, tatkala pengarang-pengarang abad ke-19 bergantung kepadanya untuk “pembinaan dan pemaknaan” karya-karya mereka.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US