Hingar: Penilaian dan Pengoptimuman dalam Automotif
Author: Ahmad Kadri Junoh, Zulkifli Mohd Nopiah, Ahmad Kamal Ariffin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672514831
Weight: 0.276kg
Pages: 177
Year: 2021
Price: RM35
Keselesaan hingar kenderaan dan tahap minimum getaran dalam kabin kereta penumpang merupakan dua faktor utama yang dititikberatkan oleh pengeluar sector automotif. Keselesaan hingar didefinasikan sebagai suatu ketidakselesaan frekuensi magnitud, arah dan juga tempoh hingar dan getaran dalam kabin kenderaan. Ketidakselesaan ini berpunca daripada getaran daripada enjin dan saling tindak tayar dengan permukaan jalan. Buku ini cuba membincangkan cara untuk mendapatkan nilai optimum tahap hingar dan getaran yang perlu dialami dalam kabin kereta untuk mengalami tahap yang lebih menyenangkan dengan menggunakan pengoptimuman berbilang objektif. Kesan-kesan getaran terhadap hingar dalam kabin kereta penumpang dikaji dengan mencari amaun hingar terhasil disebabkan oleh getaran yang berpunca daripada saling tindak tayar dengan permukaan jalan. Indeks keselesaan hingar kenderaan (IKAK) digunakan untuk menilai tahap gangguan hingar dan nilai dos getaran (NDG) digunakan untuk menilai tahap getaran terdedah. Penambahbaikkan dilakukan terhadap indeks IKAK yang mana keadaan gangguan hingar dikelaskan dan diketegorikan dengan pendekatan teori set kabur. Teori set kabur digabungkan dalam pengaturcaraan tak linear bagi membangunkan model berbilang objektif hibrid kabur pengaturcaraan gol tak linear berpemberat. Kaedah ini menggunakan keputusan daripada analisis data untuk mengoptimumkan tahap hingar dengan menghubungkannya dengan tahap getaran. Model baharu ini boleh digunakan untuk kajian pada masa hadapan terutamanya dalam pengawalan getaran yang mana mereka mempunyai impak besar terhadap persekitaran yang lebih baik iaitu dalam perspektif hìngar ianya merupakan faktor utama dalam proses pembuatan kenderaan.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.