Hujan Panas Permainan Hari: Sebuah Memoir

RM45.00
9789672517269
In stock
+

Hujan Panas Permainan Hari: Sebuah Memoir

Author: Sham Sani
Publisher: UKM Press 
ISBN: 9789672517269
Weight: 
Pages: 245
Year: 2022
Price: RM45.00

Hujan Panas Permainan Hari: Sebuah Memoir merupakan coretan peribadi yang melakarkan pengalaman dan pandangan penulis sebagai seorang tenaga pengajar dan pentadbir akademik semasa bersama dengan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selama 30 tahun (1970-2000). Hujan-panas, bayu-badai, cemuhan-sanjungan, cabaran-pencapaian, kejayaan-kegagalan adalah asam garam hidup yang perlu diharungi hari demi hari dalam sebuah perjalanan hidup. Cara seseorang itu mendepani cabaran ini dan ketentuan Allah akan menentukan akhirnya. Universiti Kebangsaan Malaysia membangun daripada sebuah institusi yang sering diragui sejak peringkat awal penubuhannya. 

Institusi ini sentiasa menghadapi berbagai prasangka, cemuhan, prejudis dan cabaran. Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di UKM tidak disenangi oleh sebahagian khalayak. Hari ini setelah berkembang selama 50 tahun, UKM adalah sebuah institusi pengajian tinggi yang disegani dan dihormati. Buku ini adalah sebuah koleksi memori seorang tenaga pengajar yang sama-sama membangun dengan UKM sejak ianya ditubuhkan pada Mei 1970. Memoir ini melakarkan kisah-kisah indah dan yang kurang indah, dan pandangan peribadi penulis mengenai berbagai aspek pembangunan akademik, para pelajar dan cabaran yang telah dan bakal dihadapi oleh UKM sebagai sebuah institusi ulung di rantau ini.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US