​Imperialisme Intelektual: Pengertian, Ciri-Ciri, Dan Masalah

RM20.00
9789672672050
In stock
+

Imperialisme Intelektual: Pengertian, Ciri-Ciri, Dan Masalah

Author: Syed Hussein Alatas,
Publisher: Lestari Hikmah
ISBN: 9789672672050
Weight: 
Pages: 46pp
Year: 2024
Price: RM20

Sekiranya Edward Said menghadirkan gagasan orientalisme sebagai sarana geledah dan dedah terhadap imej idea-idea khayalan Barat yang diterapkan terhadap kebudayaan Asia sebagai perangkap kolonialisme, Syed Hussein Alatas pula mengapungkan konsep imperialisme intelektual bagi membongkar fenemona kelesuan kesarjanaan tempatan yang terpukau dan tersilau oleh segala-gala yang datang dari ranah Eurosentrisme yang sarat dengan ideologi hegemonik.

Intelektualisme tempatan tidak sekadar terbungkam daripada menyatakan kebenaran akan ketempangan epistemologi ilmu yang datang daripada geneologi Eropah, bahkan gugup pula untuk membangunkan ranah keilmuan sendiri bagi menyelesaikan permasalahan tempatan. Sebab itulah terlihat betapa tidak kritisnya para sarjana tempatan yang sekadar menerima dan menelan bulat-bulat segala yang datang dari Barat, walhal mereka mampu saja untuk bersikap kritis dan kreatif dalam membangunkan tradisi keilmuan sendiri. 

Perihal ketertawanan minda inilah yang disinggung tajam oleh Alatas guna menyedarkan para sarjana tempatan agar (1) punya kesedaran untuk keluar daripada perangkap intelektualisme Barat; (2) bersikap kritis terhadap idea-idea asing; dan (3) berani untuk mandiri dalam ranah keilmuan dengan meneroka permasalahan tempatan daripada lensa sendiri. Jika tidak punya upaya sebegitu, kelak masyarakat akan terus terperangkap dalam pengetahuan sejarah semu dan kebudayaan hegemonik kolonial yang meresap dalam sosiobudaya tempatan. Tidaklah bererti sampai perlu bermusuhan pula dengan tradisi keilmuan Barat, sebaliknya menjadi lebih kritis dan bijaksana untuk mengenal di antara ketulenan ilmu yang menunjuki kebenaran dengan kepalsuan pengetahuan yang sarat ideologi hegemonik untuk menawan bangsa.

Darihal itu, ketajaman dan ketelitian Alatas dalam membongkar imperialisme intelektual ini wajar dijadikan asas kesarjanaan oleh setiap orang agar punya keyakinan dalam membangunkan ranah intelektualisme sendiri tanpa rasa gentar meski terpaksa berjalan dan meneroka wilayah-wilayah keterasingan daripada apa yang telah disistemkan oleh imperialisme moden Eurosentrik. Pembebasan daripada imperialisme intelektual membolehkan penerokaan ilmu yang lebih luas bagi menjalarkan idea-idea pembangunan yang lebih mampan.

-Ahmad Muziru Idham Adnan –

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US