Inovasi Pedagogi Dan Kreativiti Guru

RM35.00
9789672516781
In stock
+

Inovasi Pedagogi Dan Kreativiti Guru 

Author: Shahlan Surat & Zamri Mahamod
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672516781
Weight: 0.272kg
Pages: 176
Year: 2022
Price: RM35

Dalam mendepani pembelajaran abad ke-21 guru dan pendidik perlu melengkapkan diri mereka dengan pelbagai kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan proses PdP di dalam bilik darjah. Sepanjang tempoh penutupan sekolah akibat PKP dan langkah-langkah pengawalan penularan pandemik COVID-19 pada tahun 2020 sehingga 2021, semua aktiviti PdP terpaksa dilakukan secara dalam talian. Melalui pendekatan PdPR, guru dan pelajar terpaksa melalui proses aktiviti yang tidak pernah mereka lalui sebelum ini. Dalam memastikan aktiviti PdPR dalam talian ini, guru-guru khususnya terpaksa menguasai pelbagai kemahiran mengajar secara dalam talian. Guru perlu kreatif dan inovatif ketika mengajar. Demikian juga dalam situasi PdP secara bersemuka yang dijalankan sepenuhnya pada tahun 2022, guru atau pendidik di sekolah, di universiti dan di mana-mana institusi pendidikan perlu memiliki kemahiran mengajar yang terkini, inovatif dan kreatif ketika mengajar. 

Kreativiti guru dan pendidik akan menjadikan aktiviti PdP menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan pelajar. Justeru, buku Inovasi Pedagogi dan Kreativiti Guru ini membincangkan pelbagai inovasi PdP yang boleh digunakan guru dan pendidik untuk diaplikasikan di dalam dan di luar bilik darjah. Oleh itu, guru dan pendidik seharusnya memiliki kemahiran mengajar abad ke-21 meliputi pembelajaran dan kemahiran inovasi, kemahiran maklumat media dan teknologi, kemahiran hidup dan kerjaya yang terkandung dalam kurikulum. Kemahiran-kemahiran ini boleh diaplikasikan dalam PdP di dalam kelas melalui ciri-ciri atau konsep kreativiti, pemikiran kritikal, kolaborasi dan komunikasi. Himpunan bab dalam buku ini sesuai dijadikan sumber rujukan guru dan pendidik di pelbagai peringkat pendidikan, sama ada di peringkat sekolah menengah, kolej, universiti dan sebagainya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US