​Institusi Keluarga di Malaysia: Peranan dan Kualiti

RM35.00
9789674121303
In stock
+

Institusi Keluarga di Malaysia: Peranan dan Kualiti

Author: Rika Fatimah & Abdul Aziz Jemain

Publisher: UKM Press

ISBN: 9789674121303

Pages: 234

Year: 2015

Weight:

Price: RM35

Keluarga adalah kumpulan individu yang diikat oleh peraturan biologi, budaya atau agama, dan masyarakat. Kekuatan serta kerukunan hidup suatu masyarakat terbentuk hasil daripada anyaman atau sulaman unit-unit keluarga. Masyarakat mewujudkan sistem peraturan kehidupan yang menyediakan segala keperluan bagi memastikan kelangsungan dan kelestarian kekeluargaan. Sistem kehidupan keluarga yang baik menjana individu manusia dengan segala ciri kesempurnaan yang kemudiannya mengukuh dan menyerlahkan lagi keunggulan keluarga serta masyarakat berkenaan. Keupayaan memahami pelbagai unsur penting berkenaan kekeluargaan dalam usaha menyalurkan ilmu pengetahuan yang bermanfaat untuk dijadikan asas dalam merangka strategi berkesan pemerkasaan masyarakat. Buku ini memuatkan tentang kerencaman isu kehidupan kekeluargaan masyarakat Malaysia yang telah diusahakan oleh penyelidik daripada pelbagai latar disiplin keilmuan. Garapan yang dibentangkan mewakili isu-isu yang mendapat perhatian ramai penyelidk; antaranya masalah kualiti pencapaian dan kesetiaan perkahwinan, perolehan dan pengurusan ekonomi keluarga, penjagaan dan penyantuan warga emas, kejiranan dan interaksi antara ahli masyarakat, dan proses perubahan lingkungan kekeluargaan. Meskipun isu kekeluargaan menjadi tajuk penting dalam pelbagai wacana, namun umumnya faktar perbahasan hanya bersumber pengamatan tidak formal dan laporan liputan media berkenaan peristiwa berkaitan pelakuan jenayah atau penyimpangan nilai kekeluargaan dalam masyarakat. Kehadiran buku ini di pasaran dijangka akan merangsang para penyelidik lain untuk terus mendapatkan pelbagai fakta semasa yang akan mengayakan lagi ilmu kekeluargaan masyarakat Malaysia. Perolehan sedemikian kemudiannya boleh dimanfaatkan untuk pembangunan ilmu kekeluargaan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US