Institusi Zakat di Malaysia dalam Membangun Malaysia Madani
Author: Azman Ab Rahman
Publisher: USIM Press
ISBN: 9786297636528
Weight: 0.3 kg
Pages: 116
Year: 2024
Price: RM35
Buku ini membincangkan tentang konsep madani secara umum dengan menekankan aspek definisi, sejarah dan madani menurut perspektif Islam. Perbincangan turut dilanjutkan dengan penerangan tentang konsep Malaysia Madani yang telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-10, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan aplikasinya terhadap pembentukan Malaysia kini.
Fokus buku ini adalah untuk mengenal pasti perkaitan atau hubungan enam rukun Malaysia Madani ini terhadap sistem pengurusan zakat di Malaysia. Pembaca akan didedahkan dengan pendekatan enam rukun Malaysia Madani ini untuk diterapkan dan disesuaikan dengan perlaksanaan sistem pengurusan zakat di Malaysia. Rukun kemampanan, daya cipta dan keyakinan diyakini dapat menyumbang kepada pembangunan institusi zakat yang lebih efektif dan efisen. Manakala, rukun kesejahteraan, hormat dan ihsan ini amat relevan dengan pembayar zakat dan penerima zakat. Kesemua enam rukun ini wajar diadaptasikan dalam sistem pengurusan zakat di Malaysia agar sentiasa terkehadapan dalam mendepani cabaran pengurusan zakat terkini. Matlamat konsep Malaysia Madani juga akan tercapai terutama dalam aspek pembangunan dan perbendaharaan sistem ekonomi negara yang lebih baik dan akhirnya memberikan manfaat kepada pembentukan sesebuah masyarakat Madani yang penuh nilai murni.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.