Intervensi Sosial
Author: Balan Rathakrishnan
Publisher: Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN: ISBN: 9789834617790
Weight: 0.3 kg
Pages: 197 pp
Year: 2015
Price: RM20
Intervensi secara ringkasnya merujuk pendekatan yang digunakan bagi menyelesaikan konflik dan krisis. Biasanya, pendekatan yang digunakan dalam intervensi lebih memfokuskan situasi kritikal dengan memberikan perhatian kepada masalah yang menyebabkan krisis. Contoh intervensi yang paling kerap dan banyak digunakan ialah kaunseling, sama ada secara individu ataupun kelompok.
Setiap bab dalam buku ini membincangkan secara terperinci tentang masalah atau krisis yang dihadapi, program intervensi yang sesuai dan perbincangan berkaitan dengan isu krisis dan intervensi berdasarkan teori psikologikal dan sosiologikal. Setiap program intervensi yang dijalankan dapat membantu seseorang dalam mengurangkan masalah atau krisis yang dihadapi.
Buku ini terbahagi kepada beberapa bab untuk membincangkan isu intervensi sosial seperti Intervensi Sosial dan Krisis, Intervensi Masalah Pembelajaran, Intervensi Masalah Percintaan dalam Kalangan Pelajar, Intervensi Masalah Pergaduhan dalam Kalangan Pelajar, Intervensi Masalah Seksual dalam Kalangan Remaja, Intervensi Remaja Lari dari Rumah, Intervensi Buli, Intervensi Keganasan Rumah Tangga, Terapi Rakan Sebaya dan Terapi Keluarga.
Buku ini sangat berguna kepada pelajar sekolah menengah, prauniversiti, universiti, guru-guru, kaunselor dan ibu bapa.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

