Introspektif Mengurus Perniagaan Dalam Krisis COVID-19
Editor: Suraiya Ishak, Ahmad Raflis Che Omar
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512554
Weight: 150g
Pages: 127
Year: 2021
Price: RM35
Pandemik COVID-19 hadir dan menyerang seluruh negara di dunia tanpa mengira negara maju, sedang membangun atau mundur. Kehadiran yang penuh kejutan telah mencetus kegetiran kepada entiti perniagaan skala kecil, sederhana dan mikri untuk terus bertahan dalam perniagaan yang diusahakan selama ini. Rentetan daripada krisis tersebut, senario masa hadapan sudah berubah dan berbeza daripada sebelumnya,. Justeru, perniagaan oerlu kepada pendekatan mengurus yang mampu meredakan impak krisis yang berlaku. Buku ini bertujuan memberi maklumat berkaitan pandemik yang pertama seumpamanya menyerang dunia dan seterusnya membincangkan kesan pandemik itu terhadap mengurus perniagaan semasa dan pasca krisis COVID-19. Buki ini sesuai dimanfaatkan oleh usahawan dan pemilik serta pengurusan perniagaan mikro, kecil dan sederhana, pelajar universiti dan kolej, ahli akademik dan sesiapa yang berminat untuk mendapat gambaran mengenai krisis global COVID-19 yang diintegrasi dengan perspektif ilmu mengurus. Bagi kelompok usahawan, pemilik dan pengurus perniagaan, buku ini dapat menjadi sumbe rmendapatkan maklumat yang berguna dalam proses mengurus perniagaan semasa dan pasca krisis COVID-19 sama ada maklumat berbentuk kompilasi fakta atau pemikiran ilmu pengurusan yang berpotensi diaplikasikan. Manakala, dalam konteks kegunaan ilmiah dan akademik, buku ini mampu menjadi rujukan awal bagi membina kefahaman yang sistematik mengenai senario krisis dan seterusnya memberi input ke arah pembinaan isu serta keranka kajian khusus mengenai impak COVID-19 terhadap perniagaan daripada pelbagai sudut penelitian.
SURAIYA ISHAK, PhD, Profesor Madya di Program Sains Pembangunan, Pusat Kajian Pembangunan, Sosial dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Bidang penyelidikan beliau adalah kelakuan organisasi, keusahawanan dan etika. AHMAD RAFLIS CHE OMAR, Pensyarah di Pusat Kajian Penciptaan Nilai dan Kesejahteraan Insan, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Bidang penyelidikan beliau adalah keusahawanan dan kewangan.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.