Islam Dan Pengaruh Barat Dalam Kritikan
Author/Editor: Ungku Maimunah Mohd. Tahir
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674123673
Weight: 300
Pages: 291
Year: 2016
Price: RM40
Buku ini adalah edisi kedua buku Kedudukan Ilmu dalam Kesusasteraan: Teori dan Praktik (2010), yang terbagi kepada bahagian teori dan diritikan teks. Edisi kedua ini secara khusus mengangkat bahagian kritikan untuk menarik perhatian kepada persoalan penting tentang kritikan sastera, terutama tentang perungkaian dan penilaian yang terhasil atas namanya. Buku ini menawarkan perbincangan tentang perihal kritikan sastera Melayu secara menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada kesendengan yang ketara, pilihan yang dibuat, cabaran yang dihadapi dan penyelesaian yang perlu dipertimbangkan. Perbincangan tersebut disusuli dengan contoh-contoh kritikan teks secara konkrit, untuk memperlihatkan bentuk dan cara kritikan yang menjadi amalan dalam kalangan para pengkritik, sama ada menangani teks sastera Melayu, Inggeris atau Arab. Ternyata, buku ini mendedahkan perihak kritikan sastera Melayu secara jelas dan tuntas, sekali gus mengajukan soalan sejauh anakah kritikan yang dilakukan, sama ada berbentuk sanjungan, sanggahan atau berkecuali, benar-benar telah berlaku adil terhadap karya sastera yang ditangani.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.