Islam Dan Pluralisme Agama: Memperkukuh Tauhid Pada Zaman Kekeliruan

RM38.00
9789834619244
In stock
+

Islam Dan Pluralisme Agama: Memperkukuh Tauhid Pada Zaman Kekeliruan

Author: Khalif Muammar A. Harris

Publisher: Dewan Bahasa Pustaka

ISBN: 9789834619244

Year: 2015

Weight: 0.421kg

Pages: 220pp

Price: RM38

Agama tidak boleh bersandarkan spekulasi dan andaian tetapi mestilah bersandarkan ilmu dan kepastian. Ilmu dan kepastian ini ialah anugerah yang diberikan oleh Allah Subḥānahu wa Ta'ālā sebagai hidāyah dan petunjuk kepada orang yang beriman. Oleh sebab itu, para ilmuwan Islam sejak dahulu kala bersikap tegas terhadap golongan Sufastā'iyyah (Sophists), yang terdiri daripada golongan agnostik (al-lā adriyyah) yang menafikan kemungkinan manusia memperoleh ilmu dan kebenaran; kelompok subjektivis (al-'indiyyah) yang menjadikan ilmu dan kebenaran bergantung pada kehendak manusia; dan kelompok yang keras kepala (al-'inādiyyah) yang berkeras menolak kebenaran meskipun ia terang dan jelas.

Golongan Sufastā’iyyah ini jugalah, dalam wajahnya yang baharu, yang kini mencanangkan faham pluralisme agama dan menolak kebenaran mutlak agama Islam. Tujuan utama penulisan buku ini adalah untuk menjelaskan kekeliruan yang dicetuskan oleh faham pluralisme agama ini, dan meletakkan kembali sikap tegas dan jelas dalam mempertahankan Tauhid yang mencirikan agama Islam sebagai agama yang sebenar di sisi Allah Subhānahu wa Ta'alā.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US