Islam Di Nusantara: Kitab Kuning, Pesantren dan Tarekat
Author: MartinVan Bruinessen
Publisher: Inisiatif
Buku Darul Ehsan
ISBN: 9789671549728
Year: 2018
Weight: 0.450
kg
Pages: 436
pp
Price: RM50
Buku ini terhasil daripada kajian yang dilakukan secara
mendalam dan dalam tempoh yang panjang, berdasarkan penyelidikan di lapangan
dan melibatkan ratusan sumber rujukan dari abad ke-16 hingga yang terkini.
Menerusi buku ini, pengarang menjejaki antara lain pengaruh para ulama Kurdi
terhadap perkembangan Islam di Nusantara, kitab kuning, tarekat dan ilmu
tasawuf.
Buku ini turut membentangkan analisis terhadap pelbagai jenis kitab kuning yang digunakan di Nusantara, selain memberikan gambaran menyeluruh tentang peranan pesantren (atau pondok), tarekat dan guru-guru tarekat dalam masyarakat dan politik, khususnya di Indonesia. Menerusinya pembaca dapat memahami dinamika dan sebahagian penting sejarah Islam tradisional sebagai aliran tertua dan paling berpengaruh di Nusantara.
Biodata Pengarang
Martin van Bruinessen adalah profesor kajian perbandingan
tentang masyarakat Muslim kontemporari di Universitas Utrecth dan juga di
International Institute for the Study of Islam in the Modern World (ISIM).
Beliau telah menjalankan banyak penyelidikan di Kurdistan, Afghanistan dan
Indonesia, dengan penyelidikan lapangan yang pertama terhadap masyarakat Kurdi
di Iran, Iraq, Turki, dan Syria (1974-76) berkenaan peranan tarekat dalam
gerakan nasionalisme Kurdi.
Antara tahun 1982-1994, Martin meluangkan masa melakukan penyelidikan di Indonesia dan telah menerbitkan pelbagai tulisan ilmiah tentang Islam, lembaga pendidikan, tarekat dan politik di negara itu. Sebahagian hasil kajiannya di Indonesia dikumpulkan dalam buku ini.
Antara buku lain yang pernah dihasilkannya ialah Sufism and the ‘Modern’ (disusun bersama Julia Howell), The Madrasa in Asia (dengan Farish A. Noor dan Yoginder Sikand), Islam and Modernity (dengan M. Khalid Masud dan Armando Salvatore), dan Producing Islamic Knowledge in Western Europe (dengan Stefano Allievi).
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.