Islam Mendepani Cabaran

RM15.00
9789830426587
In stock
+

Islam Mendepani Cabaran

Author: Ismail Bin Haji Ibrahim
Publisher: JAKIM
ISBN:  9789830426587
Weight: 
Pages: 136pp
Year: 2021
Price: RM15

Sinopsis:

Kandungan buku yang ringkas ini bermula dengan cabaran dan ancaman terhadap Islam daripada pelbagai sudut dan bagaimanakah cabaran itu bermula. Kemudian sebagai umat yang beriman dan beramal dengan ajaran Islam serta berpegang teguh dengan ciri-ciri etika dan akhlak yang baik, kita haruslah berusaha menghadapi cabaran ini dengan penuh bijaksana dan berpengetahuan.

Salah satu unsur yang penting dalam menghadapi perkembangan zaman yang amat pesat dan penuh dengan kepelbagaian ideologi kemanusiaan dan ilmu pengetahuan baharu ini adalah dengan pelaksanaan pendidikan rasmi dan tidak rasmi yang mantap berdasarkan pembangunan fitrah manusia sepertimana yang dijelaskan dalam ajaran kitab suci Al-Qur'an, hikmah dan contoh teladan junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Persoalan tentang kedudukan gender, kepelbagaian agama dan ideologi ketuhanan, pembangunan tamadun baharu dan lama serta kekeliruan yang sering tercetus di sepanjang jalan, haruslah dijadikan bahan kajian dan penyelidikan umat dalam menegakkan Islam sebagai agama yang universal dan mempunyai kebenaran daripada segi akidah dan syariah, di samping mempertahankan etika dan nilai akhlaknya yang tinggi untuk membina kesejahteraan umat manusia dan kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat.

Amatlah diharapkan agar karya ringkas ini dapat membuka pemikiran dan kajian yang lebih mendalam oleh generasi umat Islam pada masa ini dan akan datang dalam usaha mengembalikan keagungan Islam dan kemampuannya memainkan peranan yang berkualiti dalam kehidupan manusia seluruhnya. Semoga dengan itu, akan terpancarlah cahaya Islam yang gemilang, itulah nur agama Allah Yang Maha Esa dan Maha Berkuasa.


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US