Islam: Pemikiran Kenegaraan & Pemerintahan

RM32.00
978-983-52-0832-4
Out of stock

Islam: Pemikiran Kenegaraan & Pemerintahan

Author: Ramli Awang

Publisher: UTM Press

ISBN: 978-983-52-0832-4

Year: 2012

Pages:

Weight:

Price: RM32

Perbincangan yang dikemukakan dalam buku ini menyentuh aspek pemikiran politik kenegaraan Islam yang berbeza dengan corak pemikiran politik kenegaraan sekular. Juga dijelaskan berkenaan kekeliruan dalam kalangan umat Islam berhubung dengan amal keduniaan dan istilah politik. Kedua-duanya sering mengundang tafsiran yang salah dengan menganggap bahawa politik tidak termasuk dalam kategori ibadah kepada Allah. Walhal politik termasuk dalam ungkapan umum al-Quran hablun minannas (hubungan sesama manusia) yang diperintahkan oleh al-Quran supaya ditegakkan.

Selain daripada itu, dibahaskan juga konsep Islam mengenai kenegaraan dan politik serta persoalan yang berkaitan dengannya seperti kesepaduan antara Islam dan politik, haram dipisahkan antara Islam dengan kedaulatan negara, hukum menegakkan sesebuah negara Islam, kewajipan pemerintah Islam dan seumpamanya. Kandungan buku ini juga membincangkan peranan dan tanggungjawab sesebuah negara Islam dalam usaha memelihara perpaduan dan mengekalkan penyatuan umat.

Buku ini turut mengetengahkan konsep jihad dalam sebuah negara Islam, kategori negara Islam adil dan negara Islam zalim serta kewajipan rakyat Muslim berjihad, dan soal kezaliman politik yang sering berlaku serta bagaimana langkah-langkah yang perlu diambil demi mengekang daripada berlakunya aspek kezaliman lantaran ia akan meruntuhkan sesebuah negara.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US