Isu-isu Pengurusan Saudara Muslim
Author: Razaleigh Muhamat @ Kawangit
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789670829043
Weight:
Pages: 180pp
Year:
Price : RM30
Saudara Muslim adalah satu kelompok masyarakat Muslim Malaysia yang istimewa kerana mempunyai kelainan dari sudut pengalaman agama dalam hidup mereka. Walaupun nama Saudara Muslim seolah-olah merujuk kepada perbezaan kelompok etnik dan kebudayaan, hakikatnya mereka adalah golongan Muslim yang mempunyai hak yang sama seperti Muslim Malaysia. Bezanya, mereka memeluk Islam setelah melalui anutan dan amalan agama lain selain Islam dalam kehidupan mereka. Ini seharusnya dilihat sebagai satu keistimewaan dan bukan satu kekurangan kepada golongan ini. Antara keistimewaan dari situasi tersebut ialah mereka boleh dibimbing sebagai pendakwah yang berjaya terutama dalam kalangan masyarakat mereka sendiri yang belum Islam. Walaupun begitu, golongan ini seharusnya mendapat tunjuk ajar dan panduan terutama berkaitan ajaran Islam sebenar. Bertitik tolak dari keadaan inilah, menuntuk tanggungjawab dari semua pihak yang terlibat dalam mengurus Saudara Muslim sama ada masyarakat berjiran dengan mereka sehingga kepada badan, institut dan pertubuhan yang terlibat samada secara langsung atau tidak langsung dalam memberi khidmat nasihat dan bimbingan kepada golongan ini. Penglibatan masyarakat sekeliling dan pertubuhan berkaitan seharusnya difokuskan kepada membentuk peribadi mereka dengan bimbingan berkesan sehingga mereka benar-benar menghayati Islam. Ini adalah bekal yang paling mujarab kepada golongan tersebut sabagai panduan hidup dan mengelakkan golongan ini dari terpesong kepada agama asal mereka. Aspek kurikulum yang menyeluruh dan bersepadu merangkumi semua batas kehidupan sepatutnya dibina untuk mengelak kekeliruan golongan Saudara Muslim ini dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim. Selain itu, kurikulum tersebut juga sepatutnya memfokuskan kepada metodologi yang terbaik untuk mengintegrasi mereka dalam masyarakat Muslim Malaysia. Isu-isu pengurusan Saudara Muslim ini sepatutnya mendapat perhatian yang serius dari semua pihak agar satu hari nanti golongan ini tidak lagi digelar Saudara Muslim atau Saudara Baru atau Saudara Kita. Sebaliknya mereka adalah Muslim yang menganut ajaran Islam.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.