Isu Perundangan Islam di Malaysia
Author: Zaini Nasohah, Anwar Fakhri Omar & Abdul Basir Mohamad
Publisher: Pusat Kajian Syariah UKM
ISBN: 9789675478086
Weight: 0.354
Pages: 259pp
Year: 2010
Price: RM30
Buku ini terdiri daripada kumpulan artikel yang membincangkan beberapa isu berkaitan perundangan Islam di Malaysia. Perbahasan dan kupasan yang dibuat oleh para penulis sebahagian besarnya menyentuh aspek-aspek perundangan Islam yang sedang berjalan di Malaysia. Isu-isu yang dibangkitkan merupakan isu-isu semasa lantas boleh menjawab beberapa persoalan berkaitan perundangan Islam di Malaysia yang sering bermain di fikiran masyarakat di pelbagai peringkat. Garapan yang dibuat disertakan dengan peruntukan undang-undang yang sedang berkuatkuasa menjadikannya lebih mantap dan menarik terutama bagi kalangan pembaca mempunyai latar belakang dalam bidang undang-undang. Buku ini merangkumi tajuk-tajuk yang menyentuh aspek-aspek dalam undang-undang keluarga Islam seperti cerai luar mahkamah, fasakh, harta sepencarian dan nafkah, pentadbiran harta orang Islam, pemelukan Islam, pelaksanaan sulh di Mahkamah Syariah. Turut terkandung adalah tajuk berkaitan hukuman terhadap pesalah kanak-kanak serta isu kebebasan bersuara menurut Islam dan Perlembagaan Persekutuan.
Buku ini sesuai dibaca oleh pelbagai khalayak pembaca khususnya para pelajar syariah dan undang-undang serta mereka yang berminat atau berkecimpung dalam hal-hal berkaitan perundangan Islam di Malaysia.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.