Jenayah Penipuan Komersil Di Malaysia

RM30.00
9786294860148
In stock
+

Jenayah Penipuan Komersil Di Malaysia

Authors: Fatin Adha Murad  et.al
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294860148
Weight: 0.2 kg
Pages: 142 pp
Year: 2023
Price: RM30

Pada masa kini, jenayah penipuan komersil berlaku di mana-mana sahaja. Dengan ledakan dunia teknologi maklumat, setiap orang dapat mengakses Internet tanpa mengira tempat dan masa serta dapat berkomunikasi dengan lebih mudah dan jimat. Namun, disebalik dunia yang tiada penghujung ini, terdapat juga sisi gelap yang tidak boleh disangkal kewujudannya. Dengan menggunakan internet, penjenayah komersil licik mendapatkan mangsa mereka dengan melakukan pelbagai muslihat. Hal ini menyebabkan mangsa kerugian wang yang besar manakala penjenayah pula dapat menghilangkan diri selepas menipu mangsa. Lebih membimbangkan, semua orang tanpa mengira latar belakang demografi ada potensi menjadi mangsa jenayah penipuan komersil. Dalam meneliti kejadian jenayah penipuan komersil, faktor psikologikal hendaklah dititikberatkan untuk memahami trend pemangsaan dan pemangsaan semula jenayah. 

Lantaran itu, selain daripada perspektif kriminologikal, buku ini juga ditulis untuk mengupas kejadian jenayah penipuan komersil dari sudut psikologikal. Disebabkan disiplin psikologi mula mendapat tempat dalam masyarakat, penulis berharap agar penggunaan terma psikologi yang digunakan dalam buku ini mudah difahami oleh setiap lapisan masyarakat. Buku ini diharap dapat memberi sumbangan dalam disiplin psikologi dan kriminologi melalui usaha pembinaan profil psikologikal pemangsaan jenayah penipuan komersil di Malaysia.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US