Jin & Syaitan: Penciptaan dan Kisah Mereka

RM25.00
9789672910275
In stock
+

Jin & Syaitan: Penciptaan dan Kisah Mereka

Author: Imām Ismāʿīl bin Kathīr al-Dimashqī (Ibn Kathir)
Publisher: Karya PiS Sdn. Bhd.
ISBN: 9789672910275
Page: 130 m/s
Year: 
Price: RM25

Buku ini merupakan terjemahan bagi salah satu bab dalam kitab al-Bidāyah wa al-Nihāyah karangan Imām ibn Kathīr (w. 774H). Bab yang diterjemahkan itu merupakan bab ketiga yang diberi tajuk: Bāb: Dhikr Khalq al-Jann wa Qissat al-Shaytan (Bab membahaskan penciptaan jin dan kisah syaitan).

Seperti yang tertera pada tajuk bab tersebut, buku ini membahaskan tentang jin dan syaitan, asal usul mereka, penciptaan mereka, sejarah mereka, sifat dan fizikal mereka, cara untuk melindungi diri daripada mereka dan banyak lagi faedah-faedah yang Imām ibn Kathīr catatkan dalam tulisannya ini untuk manfaat kita semua.

Pasti kita tertanya-tanya, siapakan jin dan syaitan ini?
Apakah asal-usulnya?
Mengapa mereka dicipta sedemikian?
Betul ke depa ni dulu malaikat, kemudian bertukar jadi syaitan?
Ada ke jin yang beriman, jin yang tak beriman?
Kenapa Allah bagi penangguhan masa dekat Iblis sampai hari kiamat?
Apa yang syaitan ni suka, dan apa yang dia tak suka?
Macam mana nak elak daripada bisikan dan hasutan syaitan ni?
Kisah Rasulullah mencekik syaitan, sahih ke?

Syaitan ni ada sekeliling kita, kita sendiri, buatlah pilihan, sama ada nak jadikan depa ni teman karib atau musuh.

Semoga buku ini membuka mata para pembaca untuk mengenal dengan lebih dekat tentang makhluk Allah yang sebahagiannya merupakan musuh ketat kita ini. Kalau buku tentang Malaikat sebelum ni, kita kata, “tak kenal maka tak cinta”, buku Jin & Syaitan pula kita katakan, “tak kenal, maka tak benci”.Semoga Allah melindungi kita daripada terjerat dengan belitan iblis dan godaan syaitan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US