Jiwa Kolektif: Rampaian Fenomena Massa

RM55.00
9786299951889
In stock
+

Jiwa Kolektif: Rampaian Fenomena Massa

Author: F. Budi Hardiman
Publisher: Intisari
ISBN: 9786299951889
Weight: 300g
Pages: 166 pages
Year: 2025
Price: RM 55

Jiwa Kolektif: Rampaian Fenomena Massa menyelongkar fenomena massa yang memukau setiap individu berkumpul lalu membentuk satu jiwa kolektif yang kuat, liar, dan kadang-kala menakutkan. Dalam karya falsafah tulen ini, F. Budi Hardiman, filsuf terkemuka Indonesia, membawa kita menyelami pemikiran empat filsuf gergasi berbahasa Jerman: Georg Simmel, Hermann Broch, Elias Canetti, dan Hannah Arendt. Apakah yang membakar semangat manusia ketika mereka menyatu dalam lautan massa? Dari sorak-sorai penonton di Stadium Merdeka, himpunan demonstrasi di Padang Merbok, hingga hiruk-pikuk jualan murah di aplikasi Shopee—adakah individu dalam kerumunan itu benar-benar menjadi diri mereka sendiri?

Dalam perjalanan ini, epistemologi massa Simmel mendedahkan bagaimana kesedaran kolektif tercipta melalui interaksi sosial, manakala psikologi massa Broch pula mengungkap keresahan eksistensial yang mendorong individu larut dalam kerumunan. Kemudian antropologi massa Canetti menyambut keresahan ini apabila menghubungkan massa dengan naluri purba manusia, sebelum politik massa Arendt memberi amaran tentang bahaya totalitarianisme yang lahir akibat lenyapnya ruang awam. Menerusi ‘analisis empat langkah’ ini, kita melihat betapa mereka dalam euforia kerumunan kerap kali hanyut dilambung arus kolektif. Ibarat sungai yang mengalir ke lautan, identiti individu melebur tatkala bertemu lautan massa.

Dalam arus kolektif, setiap individu tanpa sedar telah menanggalkan jiwa mereka demi mencari keselamatan, ketenangan dan kebersamaan. Namun, sudah sifat sebuah samudera, ada kala mendamai, ada kala membadai. Jiwa Kolektif bukan sekadar buku, tetapi sebuah bahtera falsafah yang mengajak kita meredah sungai dan membelah lautan jiwa manusia. Sesuai untuk penikmat falsafah, karya ini menjanjikan pencerahan tentang rahsia di sebalik tingkah laku manusia dalam kelompok sama ada di dunia nyata mahupun alam maya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US