Kamus Peribahasa Jepun Dan Padanan Peribahasa Melayu
Author: Leyla Shuri & Darma Mohammad
Publisher: Dewan Bahasa Dan Pustaka
ISBN: 9789834936303
Weight: 0.49 kg
Pages: 434 pp
Year: 2022
Price: RM55
Untuk julung-julung kalinya sebuah Kamus Peribahasa Jepun dan Padanan Peribahasa Melayu berjaya diterbitkan di Malaysia. Naskhah ini mengandungi 2078 entri peribahasa Jepun dalam tulisan aslinya, lengkap dengan terjemahan peribahasa tersebut dalam bahasa Melayu dan disertakan padanan dengan peribahasa Melayu.
Ini sebuah kamus peribahasa yang unik. Di samping memperkenalkan peribahasa Jepun dalam bentuk asalnya, penyusun memberikan padanan peribahasa Melayu yang mempunyai maksud yang sama atau hampir sama. Alangkah luar biasa, bangsa yang begitu jauh dipisahkan oleh jarak, namun wujud begitu banyak persamaan suara nuraninya.
Pembaca dapat mendengar pengucapan suara nurani paling dalam bangsa Jepun melalui peribahasanya dan sekali gus mempertemukan pengucapan suara nurani bangsa Melayu. Kenali secara dekat nurani kedua-dua bangsa ini melalui peribahasanya.
Kamus ini amat berguna untuk dimiliki dan dirujuk oleh setiap lapisan masyarakat, tidak kira dalam kalangan profesional, budayawan, sasterawan, linguis, seniman, pendidik, penuntut, penulis, dan masyarakat umum.
Semoga kehadiran Kamus Peribahasa Jepun dan Padanan Peribahasa Melayu ini dapat mengeratkan hubungan rakyat kedua-dua buah negara. Sama-sama kita raikan nilai-nilai positif dan kemurnian falsafah hidup bangsa masing-masing.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

