​Karya Agung: Pantun Melayu

RM210.00
9789839510072
In stock
+

Karya Agung: Pantun Melayu - Hard Cover

Author: Harun Mat Piah 
Publisher: Yayasan Karyawan
ISBN: 9789839510072
Page: 864 m/s
Year: 2007
Price: RM210

Bingkisan Permata yang dikaji dan diperkenalkan oleh Harun Mat Piah menghimpunkan lebih 4000 rangkap pantun, puisi istimewa ciptaan orang Melayu. Buku ini memuatkan pelbagai jenis dan bentuk pantun, yang meliputi tema dan isi yang luas serta pelbagai.Bingkisan Permata merupakan tajuk kecil daripada judul koleksi pantun ini sesuai dengan konsep bingkisan, iaitu bungkusan (barang kiriman, buah tangan) yang biasanya disertai surat untuk disampaikan kepada orang yang dikasihi dan dihormati.

Permata merujuk kepada pantun yang menjadi warisan budaya masyarakat Melayu, manakala penerima yang dimaksudkan ialah masyarakat atau bangsa Melayu di seluruh Nusantara yang mewarisi tradisi ini. Oleh itu, sesuai dengan konsep bingkisan yang diketengahkan oleh karya ini, buku ini telah dibahagikan kepada empat bahagian, iaitu Bingkis Pemula, Bingkis Bicara, Bingkis Kasih dan Bingkis Penutup.

Bingkis Pemula merupakan himpunan pantun dengan maksud memulakan bicara, majlis atau warkah. Bingkis ini dimulai dengan “Awal Bismillah” yang merupakan kata alu-aluan memulakan majlis; diikuti oleh pantun-pantun ringan yang membawa maksud jenaka dan usik-mengusik. Bingkis Bicara pula mengetengahkan tema-tema pantun yang agak berat, bermula tentang ‘Adat dan Etika’, ‘Budi dan Adab’, ‘Agama dan Pengajaran’, ‘Peribahasa, Kiasan dan Ibarat’ dan kemudian tentang ‘Perantauan dan Nasib’. 

Pantun-pantun yang mengangkat tema percintaan pula dihimpunkan dalam Bingkis Kasih. Misalnya dalam ‘Cinta Bersemi’ ialah pantun yang membawa maksud usik-mengusik, berkenalan dan berjanji, diikuti dengan ‘Hasrat Tercapai’ yang menggambarkan kegembiraan dalam hidup berkasih dengan tercapainya cita-cita dan harapan para kekasih, misalnya untuk sehidup semati dalam ikatan perkahwinan.

Bab ini diakhiri dengan tema ‘Kasih Terhalang’ dengan maksud harapan yang tidak kesampaian, terhalang oleh peristiwa-peristiwa tertentu. Karya ini diakhiri dengan Bingkis Penutup yang merupakan himpunan pantun sebagai penutup pembicaraan. Sebagai sebuah karya agung, Bingkisan Permata menghimpunkan rakaman kebijaksanaan masyarakat Melayu lama dalam membuat pengamatan yang tajam terhadap keadaan dan perkara yang berlaku dalam kehidupan mereka.

Pantun-pantun yang tercipta mengandungi pemikiran atau falsafahnya yang tersendiri dalam menjalankan peranannya sebagai medium untuk berkomunikasi dan berhibur dan pada masa yang sama mendidik khalayak pembaca dengan nilai-nilai yang positif.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US