Karya Agung: Nilai Islam Dalam Serat Centhini
Author: Noriah Mohamed, Ph.D, Ghazali Basri, Ph.D. dan Singgih Wibisono
Publisher: Yayasan Karyawan
ISBN: 9839510164
Weight: kg
Page: m/s
Year: 2013
Price: RM180
Serat Centhini merupakan sebuah khazanah terulung abad ke-19 yang pernah dihasilkan kebudayaan Jawa, justeru ia dianggap sebagai ensiklopedia kebudayaan Jawa. Karya ini mencakup ilmu yang amat luas seperti ilmu agama Islam, ilmu kebatinan (ngelmu), ceritera, dongeng, sejarah, primbon, kepercayaan, tata-cara istiadat, perguruan kerohanian dan pertapaan, ilmu mengenai keadaan alam: hutan belantara, sungai, telaga, sumber laut, mengenai kehidupan berkeluarga di pendesaan, ilmu bersanggama, gending, tari, tembang, masakan jawa, lelucon dan lain-lain lagi.
Serat Centhini merupakan sebuah karya yang menggambarkan bagaimana Islam difahami, dipersepsi dan dihayati oleh orang Jawa terutama di kalangan masyarakat elitnya. Islam yang mereka kenali ialah Islam sufi-mistik. Karya ini lahir dari kraton kerana penulisannya adalah atas kemahuan Sultan A.A.Mangkunegara III sendiri yang kemudian bergelar Sunan Paku Buwana V dengan dibantu oleh tiga orang penulis istana bernama Kyai Ngabehi Ranggasutrasna, Kayi Ngabehi Yasadipura II dan Kyai Ngabehi Sastradipura alias Hj. Ahmad Ilhar. Penulisan sebanyak 12 jilid semuanya dapat diselesaikan pada tahun 1814. Kesemua 12 jilid ditulis dalam bentuk tembang (puisi) dalam bahasa Jawa.
Terdapat tiga buah kerajaan dalam Serat Centhini yang memainkan peranan penting dalam pengolahan ceritanya, iaitu Demak, Giri dan Mataram. Dari segi pentarikhan tiga buah kerajaan ini , jika kita mengambil tahun 1481 sebagai tertubuhnya kerajaan Demak dan mengambil tarikh 1680 berakhirnya pemerintahan Amangkurat II di Mataram (1677-1680), ini bermakna pengkesahan mengenai masyarakat Jawa oleh karya ini sekurang-kurangnya meliputi jangka waktu kira-kira 200 tahun. Ada pun kerajaan Giri yang dikalahkan Mataram seperti yang disebut oleh karya ini berlaku pada tahun 1636.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.