Kaunseling Dalam Islam Edisi Kedua
Author: Mizan Adiliah Ahmad Ibrahim, Wan Mohd Fazrul Azdi Wan Razali, Hani Osman
Publisher : USIM Press
ISBN: 9789675295706
Page: 210 m/s
Year: 2011
Price: RM30
Kaunseling telah bertapak kukuh di Malaysia sejak 40 tahun yang lalu. Pelbagai langkah dan pendekatan juga telah diambil untuk menyesuaikan prinsip dan aplikasi kaunseling dengan situasi masyarakat Malaysia terutama golongan masyarakat Islam.
Namun prinsip dan aplikasi kaunseling dari perspektif Islam tidak begitu berkembang dengan dinamik. Ini mungkin disebabkan kepakaran yang dimiliki oleh pengamal kaunseling di negara ini tidak merangkumi kedua bidang ilmu iaitu ilmu keagamaan Islam dan ilmu kaunseling.
Oleh itu, buku ini bertujuan untuk meneroka bidang dan mengisi kekosongan tersebut; iaitu meneliti unsur pertolongan dan kaunseling dalam bidang keagamaan Islam. Kajian menunjukkan Islam sebagai agama yang syumul mempunyai panduan dan kaedah berguna yang boleh dimanfaatkan dalam kaunseling.
Buku ini mendapati pengertian fitrah dan jati diri dalam Islam boleh dijadikan panduan berguna kepada kaunselor dalam memahami manusia. Pendekatan atau kaedah Penyucian Jiwa (Tazkiyah an-Nafs) yang terdapat dalam Islam juga boleh diserapkan dalam proses kaunseling dalam pelbagai situasi permasalahan khusus seperti pengurusan marah, pengurusan stress dan isu-isu seksualiti.
Diharapkan buku ini dapat menjadi panduan asas kepada pengamal kaunseling di Malaysia dan dapat merangsang kaunselor dan cendekiawan Islam supaya menerokai dan mengembangkan bidang kaunseling untuk manfaat Ummah sejagat.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.