​KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA : TEORI DAN PRAKTIS

RM65.00
9789674883331
In stock
+

KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA : TEORI DAN PRAKTIS

Author:  Rafidah Aga Mohd Jaladin • Nurul Aini Mudayata
Publisher: UM Press 
ISBN: 9789674883331
Weight: 
Pages: 276pp
Year: 2024
Price: RM65

Malaysia merupakan salah satu contoh negara yang mempunyai masyarakat pelbagai budaya. Justeru, kaunseling pelbagai budaya merupakan satu bidang pengamalan yang sangat diperlukan di Malaysia. Untuk menjamin keberkesanan pengamalan kaunseling pelbagai budaya, kaunselor mestilah mempersiapkan diri dengan kepercayaan dan sikap, pengetahuan, dan kemahiran tentang kepelbagaian budaya. Mereka juga mestilah mempunyai kesedaran, kefahaman dan keupayaan untuk membangunkan teknik dan strategi intervensi yang sensitif budaya. Buku ini menawarkan pandangan komprehensif tentang dinamika budaya yang membentuk kehidupan rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang etnik, termasuk Melayu, Cina, India dan kumpulan orang asli. Melalui gabungan rangka kerja teori dan aplikasi praktikal, buku ini wajar menjadi rujukan para kaunselor dan pelajar kaunseling untuk menavigasi nuansa budaya dan memupuk hubungan terapeutik yang berkesan. 

Padat dengan kajian kes, contoh kehidupan sebenar dan sumbangan hasil penyelidikan, buku “Kaunseling Pelbagai Budaya” menyajikan topik kritikal seperti kecekapan budaya, pertimbangan etika dan kesan identiti budaya terhadap kesihatan mental. Sama ada anda seorang pengamal berpengalaman atau pelajar baru dalam bidang kaunseling, buku ini merupakan sumber yang tidak ternilai untuk sesiapa sahaja yang komited untuk memahami dan menyokong keperluan kesihatan mental penduduk Malaysia yang pelbagai. Jom sertai kami dalam kembara ilmu untuk lebih menghargai perbezaan budaya dan menerima kepelbagaian yang mentakrifkan Malaysia. Diharapkan para pembaca sekalian dapat temui cara atau amalan kaunseling pelbagai budaya yang boleh merapatkan jurang dan membina komuniti yang lebih kukuh, lebih mesra, dan sensitif budaya.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US