Kaunseling Perkahwinan Panduan Untuk Kaunselor

RM40.00
9789672518198
In stock
+

Kaunseling Perkahwinan Panduan Untuk Kaunselor

Author: Salina Nen
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672518198
Weight: 0.373
Pages: 253pp
Year: 2022
Price: RM40.00

Peranan utama kaunselor perkahwinan ialah membantu pasangan yang ingin memperbaiki hubungan dan/atau sedang mengalami masalah rumah tangga. Lazimnya, kaunselor akan membimbing dan membantu mencari solusi yang bersesuaian untuk memperbaiki hubungan yang bermasalah. Mengendalikan kaunseling perkahwinan adalah pengalaman yang mencabar kerana kaunselor perlu bijak menangani pelbagai isu sensitif melibatkan pasangan selain memiliki sikap neutral bagi memastikan hubungan dengan pasangan tidak terjejas akibat pemikiran berat sebelah. Pasangan datang untuk menjalani sesi kaunseling dengan pelbagai niat dan misi. Ada pasangan yang mendapatkan khidmat kaunseling untuk menyelamatkan rumah tangga, tidak kurang juga yang datang untuk bercerai. Apa juga keputusan pasangan mengenai masa depan rumah tangga mereka, kaunselor perlu menghormatinya dan membantu pasangan menangani impak keputusan yang diambil.

Banyak isu rumit dalam rumah tangga yang perlu dihadapi oleh kaunselor dengan sebaik mungkin. Ini termasuk isu seperti masalah komunikasi, seks, kemarahan, kekecewaaan, kewangan, ketagihan, kesihatan, kecurangan dan pelbagai lagi isu yang menjejaskan rumah tangga. Di sinilah kaunselor berperanan memahami isu yang sedang dialami oleh pasangan, memberi sokongan dan memberikan intervensi untuk memperbaiki hubungan. Kaunselor membantu pasangan membina komunikasi yang lebih efektif, bertolak-ansur dalam menghadapi perbezaan, belajar kemahiran menangani masalah dan konflik secara lebih berkesan. Kesemua ini memerlukan pengetahuan, kemahiran dan strategi yang baik.

Buku Kaunseling Perkahwinan: Panduan Praktikal Untuk Kaunselor merupakan buku yang disasarkan kepada kaunselor dan bakal kaunselor yang mendedahkan perkara-perkara asas yang perlu dikuasai berkaitan pengendalian sesi kaunseling perkahwinan. Kekuatan buku ini adalah dapat mengetengahkan panduan praktikal yang boleh diaplikasi dengan mudah di samping penerangan yang ringkas. Buku ini merupakan suatu usaha dalam membantu kaunselor lebih bersedia menangani kes yang melibatkan pasangan dan meningkatkan pengetahuan untuk manfaat klien dan masyarakat.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US