Kearifan Lokal yang Terkandung dalam Manuskrip Lama
Editor: Ding
Choo Ming, Henri Chambert-Loir & Titik Pudjiastuti
Publisher: UKM
Press
ISBN: 9789839989786
Year: 2014
Price: RM35.00
Ternyata sudah ada peningkatan minat ke atas kearifan dalam manuskrip yang diwarisi itu dalam R & D, permodenan, malah pembinaan identiti bangsa dan negara. Peningkatan minat itu juga disebabkan sudah tercetus kesedaran baru bahawa tindakan tegas perlu dibuat untuk melindungi dan mempertahankan kearifan, sejarah, memori, sejarah dan akal budi dalam manuskrip Nusantara dalam saat negara kita berdepan dengan arus pembaratan, Eropahisasi, Amerikanisasi, dan globalisasi.
Tema utama seminar MANASSA yang diadakan di Bima pada 26-29 Julai 2009 ini yang memberi perhatian khusus kepada topik ini juga disebabkan kita mendapati semakin lama semakin ramai orang telah menerima nilai dari negara barat, selain mengimpot standard dari negara barat, malah berhijrah ke negara barat di satu pihak, sementara kita juga mendapati menonjolkan kearifan lokal dalam kebudayaan kita adalah satu cara praktikal dalam mempertahankan imej dan identiti kita di satu pihak yang lain. Ini bukan disebabkan nilai peribumi Nusantara lebih tinggi daripada yang ada di negara barat, tetapi apa yang kita warisi dan punyi itu adalah yang unik.
Keunikan kebudayaan itulah yang membuat kita berbeza daripada bangsa lain. Dengan kata lain, Kearifan lokal dalam kebudayaan kita, termasuk ritual, muzik, sastera, bahasa, seni dan pertukangan itulah yang telah membentuk imej dan identiti kita selama ini. Daripada perspektif yang lebih luas, kebudayaan yang kita warisi itu adalah kuasa pengikat yang akan menjamin perpaduan masyarakat dan keharmonian hidup kita. Kuasa itu perlu dimanafaatkan untuk membantu kekuatan politik dan nilai agama dalam meningkatkan kesejahteraan hidup dan kemakmuran negara kita.
Dalam konteks ini, manuskrip nusantara yang lahir dari kesedaran, jiwa, rasa dan selera orang peribumi wajar diberi perhatian serius dan dibanggakan. Tetapi, kini generasi muda kita sudah tidak berminat denganya, maka tidak merasa megah dan bangga dengan warisan kita dari masa lampau. Tanpa merasa megah dengan warisan, memori dan sejarah masa lampau, generasi muda itu boleh diibaratkan sebagai kapal yang sudah kehilangan kompas, maka mudah sesat dan karam dalam samudera globalisasi yang kita harungi.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.