​Kedudukan Orang Bukan Islam Dalam Sejarah Pemerintahan Islam

RM20.00
9789830424767
In stock
+

Kedudukan Orang Bukan Islam Dalam Sejarah Pemerintahan Islam

Author: Mat Saad Abdul Rahman

Publisher: JAKIM

ISBN: 9789830424767

Weight:

Page: 169pp

Year: 2011

Price: RM20

Sinopsis:

Sebagai sebuah negara yang majmuk, maka suatu usaha merapatkan hubungan antara kaum seharusnya dilakukan segera dalam semangat itu. Bidang pendidikan, dakwah dan media adalah antara bidang-bidang yang terbuka luas dan berkesan untuk diterokai.

Buku kecil ini cuba menjelaskan kepada pembaca bagaimana hubungan antara kaum dalam sesebuah masyarakat majmuk itu seharusnya berlaku berdasarkan kepada peruntukan-peruntukan hak dan tanggungjawab masing-masing seperti yang telah dibincangkan para ulama'. la sengaja diolah dengan merujuk kepada perjalanan panjang sejarah pemerintahan Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W. yang bermula di negara Madinah (622-632 M.) sehingga ke saat akhir kejatuhan Kerajaan Islam 'Uthmaniyyah, Turki, pada tahun 1924 M. sebagai modulnya. Justeru itu, kita dapat melihat bagaimana sejarah umat Islam itu sendiri yang mewarnai hubungan ini. Kedudukan ini adalah sangat besar ertinya dan ia perlu digarap serapinya oleh pelbagai pihak, terutamanya ulama' dan umara, sebagai sebahagian dari usaha mereka untuk meredakan ketegangan yang ada dalam masyarakat Malaysia hari ini.

Dalam buku ini juga, dipaparkan beberapa insiden atau isu panas di mana berlaku pertentangan pendapat dalam kalangan fuqaha' dan gaya aplikasinya dalam kehidupan masyarakat yang dilakukan oleh para umara' semasa pemerintahan mereka dengan mengambil kira keadaan semasa, kebajikan dan kesentosaan masyarakat serta berpandukan kepada kaedah-kaedah maslahah, siyasah syar'iyyah dan sadd al-dhari'ah dan lain-lain.

Paparan ini ada kaitannya dengan perkembangan semasa di negara kita ini yang berorentasikan Satu Malaysia. Paparan ini juga memberi panduan kepada para ulama' dan umara' apabila mereka menghadapi isu-isu yang sensitif atau kontroversi, apa yang sewajarnya mereka lakukan dan apa pula sikap yang perlu diambil agar ia tidak menjadi ketegangan antara kaum.

Apakah mereka perlu bersikap toleransi atau tasamuh demi kebajikan ummah yang suatu elemen berbilang kaum, demi kestabilan politik dan masa depan negara?


1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US