Kehebatan Al-Fatihah Bukti Kemukjizatan Al-Quran

RM65.00
9789835215902
In stock
+

Kehebatan Al-Fatihah Bukti Kemukjizatan Al-Quran

Author: Farahwahida Mohd Yusof, Tamar Jaya Nozar, Arieff Salleh Rosman & Selamat Hashim
Publisher: UTM Press
ISBN: 9789835215902
Weight: 0.336 kg
Pages: 192pp
Year: 2019
Price: RM65

Surah al-Fatihah mengandungi tujuh ayat kesemuanya. Surah ini diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w ketika baginda masih berada di Makkah dan sebelum umat Islam berhijrah ke Madinah. Nama-nama lain bagi al-Fatihah ialah al-Solat (Sembahyang), al-Hamdu (Pujian), Fatihah al-Kitab (Pembuka Kitab al-Quran), Ummu al-Kitab (Ibu Kitab), Ummu al-Quran (Ibu al-Quran), al-Mathani (Surah Yang Diulang-ulang), al-Quran al-Azim (al-Quran Yang Agung), al-Syifa (Penyembuhan), al-Ruqyah (Ruqyah), al-Asas (Asas), al-Wafiah (Sempurna), dan al-Kafiyah (Cukup).

Kandungan al-Fatihah ini bermula dengan aspek tauhid (keimanan). Isi kandungannya berlegar pada paksi tauhid yang menjelaskan kesempurnaan dan keagungan sifat-sifat Allah. Lantaran itu, segala puji, doa, hajat, dan ibadah sewajarnya ditujukan hanya kepada Allah tanpa disekutukan dengan selain-Nya. Al-Fatihah menjelaskan bahawa meskipun Allah S.W.T merupakan satu-satunya Pencipta, Pemilik, dan Penguasa terhadap alam semesta keseluruhannya termasuk alam ghaib dan alam syahadah, namun Allah tetap bersifat Pencipta yang Rahman dan Rahim.

Walau bagaimanapun, Allah mengingatkan bahawa Ia juga merupakan Penguasa pada hari pembalasan nanti ketika setiap amalan manusia akan dipertanggungjawab dan diberikan ganjarannya secara adil. Hanya mereka yang mendapat hidayah-Nya dengan istiqamah pada jalan-Nya yang lurus akan memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat. Di samping itu, mereka dituntut supaya menjauhi jalan umat manusia terdahulu yang dikatakan telah dimurkai Allah kerana ingkar akan kebenaran, serta jalan golongan umat manusia yang telah sesat kerana menyeleweng daripada kebenaran. Jelas sekali al-Fatihah mengandung asas ajaran Islam yang sangat penting bersifat universal, inklusif, dan merupakan hidayah sepanjang masa.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US