​Kejatuhan Kuasa Politik Melayu: Bagaimana Orang Melayu Hilang Kuasa

List price: RM48.00
RM38.00
You save: RM10.00 (21%)
Save 21%
9789670067209
In stock
+

PRE ORDER Kejatuhan Kuasa Politik Melayu: Bagaimana Orang Melayu Hilang Kuasa

Author: Firdaus Zainal
Publisher: ILHAM Books
ISBN: 9789670067209
Weight: 
Pages: 268pp
Year: 2024
Price: RM48

Pasca pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) orang Melayu berada di titik yang paling bawah dalam sejarah politik Malaysia apabila mereka tidak lagi menguasai Kerajaan secara hegemoni. Tiada parti Melayu berada dalam kerajaan yang berkuasa seperti yang pernah dinikmati oleh UMNO selama lebih enam dekad. Hal ini menjadikan orang Melayu berada di persimpangan dan dilema sama ada mereka sebenarnya telah kehilangan kuasa politik atau masih berkuasa.

Realiti politik sebenar menunjukkan bahawa orang Melayu sebenarnya telah kehilangan kuasa politik mereka selepas mempertahankannya selama lebih enam dekad di bawah penguasaan UMNO sebagai parti Melayu. Namun, segelintir pemimpin Melayu cuba menafikan bahawa orang Melayu telah kehilangan kuasa politik mereka dengan alasan kedudukan Raja-raja Melayu masih utuh dan kedudukan istimewa orang Melayu di dalam perlembagaan masih terjamin. 

Buku ini menyanggah pandangan tersebut dengan menghujahkan bahawa kuasa politik sebenarnya tertumpu kepada penguasaan orang Melayu dalam parti, parlimen dan kerajaan. Orang Melayu terhalusinasi dengan bayangan kuasa dan percaya bahawa mereka masih berkuasa kerana kedudukan Raja-raja Melayu dan peruntukan kedudukan istimewa orang Melayu dalam perlembagaan walaupun ia sebenarnya adalah prestij dan hak, bukan kuasa politik. 

Dalam sistem demokrasi, kuasa politik tertakluk kepada penguasaan majoriti dalam parlimen. Perpecahan orang Melayu kepada beberapa parti menjadikan mereka terdedah kepada persaingan politik yang sengit antara bukan Melayu dan blok politik Borneo dari Sabah dan Sarawak untuk merebut kuasa politik. 

Buku ini akan membawa anda menyelusuri sejarah perjuangan bangsa Melayu yang panjang dalam mempertahankan kuasa politik mereka dan bibit-bibit kejatuhan kuasa politik Melayu.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US