​Kelestarian Persuratan Melayu Edisi 2

RM35.00
9786294864917
In stock
+

Kelestarian Persuratan Melayu Edisi 2

Editor: Zubir Idris & Mawar Safei
Publisher: Penerbit UKM
ISBN: 9786294864917
Year: 2025
Pages: 195 
Weight: 300g
Price: RM35

Buku Kelestarian Persuratan Melayu 2, yang merupakan lanjutan daripada buku Kelestarian Persuratan Melayu 1 menghimpunkan 10 esei yang merupakan cabutan daripada tesis yang dihasilkan pelajar dengan bimbingan penyelia masing-masing. Buku yang mengumpulkan pelbagai dimensi kajian ini diusahakan atas kesedaran dan matlamat untuk menyebarluaskan maklumat yang tersurat dan tersirat daripada rangkuman pelbagai sumber sama ada daripada manuskrip lama, karya-karya pensejarahan Melayu tradisional hinggalah kepada karya kontemporari seperti puisi dan novel. Menerusi manuskrip Melayu, pelbagai wacana telah disentuh; antaranya yang berkaitan dengan keagamaan (Hikayat Sairah dan Suaminya Hadhori), persoalan moral (Syair Dandan Setia), ketauhidan (Syair Asiqin), pensejarahan (Hikayat Raja-Raja Pasai) dan isu kolonialisasi (Syair Tuan Hampris). Analisis terhadap karya kesusasteraan Melayu kontemporari pula memberi tumpuan terhadap beberapa karya novel seperti Sangeetha (Azizi Haji Abdullah), Kami (Akiya), Vehaen li: Rif'at (Ainul Farihah Azizi), Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman (Anwar Ridhwan) dan Daerah Zeni (A. Samad Said). Kajian menerusi novel-novel ini antara lainnya memperkatakan kehalusan seni bina penuh bermakna (berkait mauduk kepikunan), sosiobudaya Orang Asli, kesenimanan hinggalah kepada gambaran penindasan yang berlaku di bumi Gaza. Pelbagai acuan berbentuk konsep, teori atau pendekatan dimanfaatkan para penulis untuk menilai kedudukan teks yang dijadikan fokus penulisan. Antaranya menerusi historisisme baharu, struktural, oksidentalisme, gerontologi, sosiologi sastera, formalistik dan takmilah. Dapatan yang beraneka ini menawarkan ufuk pemikiran yang bersangkutan dengan pelbagai persoalan yang tiada batas sempadannya. Rangkuman daripada pelbagai wacana ini sesungguhnya berjaya memercikkan satu perspektif baharu dalam korpus kesusasteraan.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


OUR GUARANTEE

CONTACT US