Kemiskinan Dan Kesejahteraan Penduduk Di Luar Bandar
Editor: Siti Hadijah Che Mat
Publisher: UUM Press
ISBN: 9789672363422
Weight: 300
Pages: 151
Year: 2020
Price: RM35
Penulisan buku ini berdasarkan dapatan sebenar penemuan kajian yang dilakukan oleh penulis. Penulis terlibat secara langsung bertemu petani, nelayan mahupun ibu tunggal yang kebanyakannya berada di luar bandar untuk mendapatkan jawapan yang bertepatan berkaitan isu kemiskinan. Hal ini penting kerana hanya mereka yang berada dalam keadaan sedemikian sahaja yang mampu menceritakan dan mendefinisikan erti kemiskinan. Kita mungkin berbangga apabila membaca laporan yang tersedia tentang angka kadar kemiskinan yang menunjukkan penurunan setiap tahun, yang secara langsung menggambarkan kecemerlangan dan pertumbuhan ekonomi yang memberangsangkan.
Namun, hakikatnya sama ada kemakmuran, pembangunan dan pertumbuhan ekonomi yang heboh diperkatakan itu dapat sama-sama dirasai oleh mereka yang miskin ini masih belum pasti. Pertemuan secara bersemuka dengan individu atau keluarga yang miskin menjadikan buku ini mampu menggambarkan satu realiti kesusahan kehidupan dalam kalangan petani, nelayan dan ibu tunggal dalam meneruskan kelangsungan hidup mereka.
Buku ini diharapkan mampu menjadi bahan rujukan kepada pelajar, penyelidik dan juga mereka yang berkepentingan di dalam negara ini untuk sama-sama berganding bahu agar dapat mengetengahkan isu kemiskinan ini bagi menjamin kemakmuran dan pembangunan negara dapat dikecapi secara bersama.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.