Kemunculan Golongan Quburiyyah Di Yaman Dan Usaha Ulama Untuk Mengatasinya

RM38.00
9789671637166
In stock
+

Kemunculan Golongan Quburiyyah Di Yaman Dan Usaha Ulama Untuk Mengatasinya 

Author: Prof Dr Basri bin Ibrahim Al-Azhari
Publisher: Manhaj Clear
ISBN: 9789671637166
Weight: 
Pages: 
Year: 2022
Price: RM38

Buku ini sangat menarik dan bermanfaat menjelaskan bahaya golongan quburiyyah. Walaupun tajuk buku ini berkaitan quburiyyah di Yaman, ia juga penting untuk kita yang berada di nusantara ini. Hal ini kerana dikhuatiri amalan tersebut meresap ke dalam masyarakat kita.
Saya melihat usaha penulis mengarang buku ini sangatlah layak dipuji, penulis bukan sahaja menjelaskan berkaitan perkara yang bercanggah dengan syarak ketika berada di tanah perkuburan, namun beliau juga menjelaskan berkaitan ziarah syari'iyah iaitu bagaimana cara menziarahi kubur mengikut sunnah.
Berkaitan dengan tanah perkuburan, ada beberapa perkara perlu diperbetulkan dalam masyarakat kita berkaitan hukum-hakam yang terkait dengannya. Antara perkara yang perlu diperbetulkan adalah berkaitan membina binaan yang tinggi di atas tanah perkuburan pada tanah yang wakaf tanpa alasan yang syar'ie dan hajat yang mendesak.
Salah seorang ulama mazhab Syafie iaitu Imam Khatib al-Syirbini (977H) berkata:

لو بني عليه في مقبرة مُسَبَّلَة وهي التي جرت عادة أهل البلد بالدفن فيها هدم البناء ؛ لأنه يضيق على الناس، ولا فرق بين أن يبني قبة أو بيتاً أو مسجداً أو غير ذلك

"Jika seseorang membuat binaan di atas kubur yang diwakafkan yang merupakan kebiasaan adat penduduk negeri tersebut menanam mayat di dalamnya, hendaklah diruntuhkan binaan tersebut kerana ia menyempitkan (menyusahkan) orang lain. Tidak ada perbezaan sama ada binaan itu berbentuk kubah, rumah atau dan lain-lain binaan"

[Khatib al-Syirbini, Muhammad bin Ahmad Asy-Syarbini al-Khatib, 1998, Mughni al-Muhtaj, Beirut, Dar al-Ma'rifah, jil 1, hal 541]

Bahkan terdapat banyak fatwa berkaitan hal ini telah dikeluarkan oleh jabatan berautoriti dalam negara kita berkaitan perkara ini. Namun ia tetap dilanggar oleh sesetengah pihak.
Akhir sekali, saya mengesyorkan agar para pembaca mengambil manfaat daripada buku ini agar kita dapat membezakan ziarah ke tanah perkuburan antara yang ada dalam syariat dan sebaliknya. Moga usaha sahabat saya Profesor Dr Basri ini diganjari pahala oleh Allah.
Profesor Madya Dr Muhammad Rozaimi Bin Ramle
Rektor KUIPs Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US