Keperluan Kemahiran Mendepani Revolusi Perindustrian Keempat
Editor: Rahmah Ismail, Noorasiah Sulaiman & Wye Chung Khain
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789674127350
Year: 2018
Weight: 0.327kg
Pages: 212
Price: RM35
Dalam era Revolusi Perindustrian Keempat berlaku ledakan teknologi canggih yang memerlukan tenaga kerja mahir sebagai pelengkapnya. Oleh itu, bagi menghadapi era ini, persiapan rapi terutamanya dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi amatlah perlu agar proses perindustrian mampu berjalan dengan lancar serta memberi sumbangan yang tinggi kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi. Dalam konteks ini, penawaran dan permintaan kemahiran tenaga kerja perlu diseimbangkan agar tidak berlaku lebihan atau kurangan dalam kedua-dua aspek yang akhirnya boleh menggencat kelicinan proses perindustrian. Penulisan buku ini mencakupi banyak isu yang berkait dengan penawaran dan permintaan tenaga kerja mahir. Pada awalnya, penulis tertumpu kepada corak pendidikan dan latihan di Malaysia terutamanya yang berasaskan kepada sains dan teknologi seiring dengan hala tuju Revolusi Perindustrian Keempat. Selanjutnya, ia melihat kepada keperluan tenaga kerja berkaitan dengan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang sinonim dengan tuntutan teknologi dan inovasi serta mengenal pasti sektor penting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. Unjuran tentang keperluan dan ketersediaan tenaga kerja berkemahiran tinggi juga dilakukan bagi mengenal pasti sejauh mana berlakunya jurang antara kedua-dua aspek ini. Di samping itu, buku ini menyelitkan beberapa isu lain seperti keperluan bahasa dan kehilangan cerdik pandai yang disebabkan oleh brain drain. Perkara ini penting dalam meningkatkan daya saing pekerja dan mengekalkan pekerja berkemahiran tinggi supaya menyumbang kepada pembangunan negara.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.