Kepimpinan Instruksional Pemankin Kualiti Pendidikan Sains

RM30.00
9789672512295
In stock
+

Kepimpinan Instruksional Pemankin Kualiti Pendidikan Sains

Authors: Mohd Zaid Ismail, Azlin Norhaini Mansor & Zanaton Hj. Iksan
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672512295
Weight: 0.25kg
Pages: 147pp
Year: 2021
Price: RM30

Kepimpinan instruksional merupakan jenis kepimpinan yang berkaitan dengan pengajaran guru di sekolah. Pengetua yang baik dan berkesan adalah mereka yang mengamalkan kepimpinan instruksional di persekitaran sekolah. Terdapat tiga dimensi kepimpinan instruksional yang utama iaitu menentukan halatuju sekolah, melaksanakan program pengajaran dan membina iklim sekolah yang positif. Buku ini hanya memberi fokus kepada dimensi yang kedua iaitu melaksanakan program pengajaran. Dalam dimensi melaksanakan program pengajaran, antara fungsi utama kepimpinan Instruksional adalah melaksanakan penyeliaan pengajaran. Hal ini bermakna guru perlu sentiasa diselia oleh penyelia pengajaran sama ada pengetua atau guru penolong kanan serta guru kanan mata pelajaran yang diberi kuasa oleh pengetua. Tujuan utama penyeliaan pengajaran adalah bagi meningkatkan kompetensi pengajaran guru dan prestasi akademik murid. Tambahan pula, penyeliaan ke atas guru-guru sains merupakan suatu tugas yang perlu dilaksanakan dengan penuh teliti dengan menitikberatkan aspek kualiti. Hal tersebut demikian kerana mata pelajaran sains merupakan mata pelajaran yang amat penting di sekolah dan diberi penekanan oleh kerajaan. Pihak kerajaan memberi penekanan yang amat serius kepada peningkatan pencapaian sains dan teknologi atau STEM kerana ianya menjadi asas kepada pembangunan negara. Justeru, buku ini dihasilkan bagi melihat keadaan terkini di sekolah terutama berkaitan amalan penyeliaan pengajaran. Buku ini mengandungi 6 bab yang disusun sebegitu rupa bagi memberi kefahaman kepada pembaca tentang peranan kepimpinan instruksional dan kualiti penyeliaan serta sumbangan mereka kepada kompetensi pengajaran guru-guru sains. Setiap bab adalah saling berkaitan dan ianya membantu pembaca terutamanya pelajar yang mengambil bidang pentadbiran pendidikan serta para pengetua sekolah dalam melaksanakan tugas sebagai pemimpin instruksional di sekolah. Rumusannya, buku ini boleh dijadikan panduan yang amat berguna kepada golongan masyarakat terutama yang berkait rapat dengan tugas-tugas pengetua di sekolah.

MOHD ZAID ISMAIL, PhD., ialah guru Kimia di Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu lulusan PhD Pentadbiran Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM.

AZLIN NORHAINI MANSOR, PhD., ialah Profesor Madya dalam bidang Pentadbiran Pendidikan di Fakulti Pendidikan UKM.

ZANATON HJ. IKSAN, PhD., ialah Pensyarah Kanan dalam bidang STEM di Fakulti Pendidikan UKM.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US