Kerajaan: Budaya Politik Melayu di Ambang Pemerintahan Kolonial

RM48.00
9789670960265
In stock
+

Kerajaan: Budaya Politik Melayu di Ambang Pemerintahan Kolonial - Edisi Kedua

Author: Anthony Milner
Publisher: SIRD
ISBN: 9789670960265
Weight: 0.480
Pages: 274pp
Year: 2016
Price: RM48.00

Sebuah kajian perintis dan provokatif tentang pemikiran politik Melayu di ambang pemerintahan kolonial – berdasarkan sumber-sumber Melayu dan Eropah, dan mengetengahkan isu-isu yang terus menjadi kritikal di Malaysia pada hari ini. Dengan memberi tumpuan kepada semenanjung Tanah Melayu dan Sumatra Utara, Kerajaan adalah buku yang bersifat inovatif pada pendekatannya – sebuah penyiasatan yang penuh dengan metodologi yang dibangunkan dalam bidang antropologi dan kritikan sastera. Buku ini menegaskan bahawa apa-apa analisis pemikiran sosial bukan-Barat adalah penting untuk mencapai sebuah sejarah yang benar-benar global, menyentuh kepelbagaian perspektif dan pengalaman manusia. Pada tahun 2003 Persatuan Pengajian Asia Amerika Syarikat mengangkat Kerajaan sebagai salah satu daripada 25 ‘karya-karya penting dalam kajian sejarah’ dan ‘paling kerap dirujuk dalam kesusasteraan’ bidang sejarah Asia Tenggara.

‘... sebuah karya klasik dalam kajian Malaysia oleh sebab penghuraian teori dan empirikal tentang keadaan dan kandungan kerajaan Melayu tradisional ... Bagi sesiapa yang ingin mula memahami politik Melayu kontemporari, terutamanya peranan raja-raja Melayu dan akar sosio-sejarah mereka, buku Kerajaan karya Milner ini adalah sesuatu yang wajib dibaca.’ – Shamsul A.B.

‘Penerbitan semula buku Kerajaan... akan memberi dorongan kepada pengembangan radikal dalam kajian sejarah idea di Asia Tenggara.’ – Syed Muhd Khairudin Aljunied

Milner ‘membuktikan bahawa adalah tidak mustahil untuk mempelajari sejarah melalui bahasa dan sastera tanpa mengasingkan pemikiran dan tindakan.’ – Tony Day

Tentang Penulis
Anthony Milner merupakan Profesor Pelawat di Universiti Malaya dan Felo Profesor di University of Melbourne. Pada tahun 2014–2015 beliau memegang jawatan Pengerusi Tun Hussein Onn dalam Pengajian Antarabangsa di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa, Malaysia. Sebagai Pengerusi Basham dalam Sejarah Asia di Australia National University, beliau telah menghasilkan banyak penulisan berkenaan sejarah Melayu dan Malaysia. Buku-buku beliau termasuklah The Invention of Politics in Colonial Malaya (1995, 2002), The Malays (2008, 2012) dan (sebagai penulis bersama) Transforming Malaysia (2014).

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US