Kerangka Malaysia Madani: Sistem Politik Dan Perundangan
Author: Wan Ahmad Fauzi Wan Husain
Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 9789834945527
Weight: 0.31 kg
Pages: 260 pp
Year: 2024
Price: RM47
Kerangka Malaysia Madani: Sistem Politik dan Perundangan mengungkapkan etika tadbir urus yang baik bagi mengukuhkan konsep Malaysia MADANI. Buku ini menggunakan analisis jurisprudens watan untuk menghuraikan prinsip MALAYSIA MADANI agar ia dapat dilihat pada landasan menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.
Gagasan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Kesepuluh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam buku beliau berjudul Membangun Negara MADANI: Visi dan Kerangka Dasar Reformasi turut dipetik sebagai kekunci bagi menjelaskan kerangkanya dari aspek Perlembagaan. Konsep negara bangsa, jati diri bangsa Malaysia, raja berperlembagaan, kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan menjadi tajuk bab dalam buku ini kerana kesemuanya merupakan asas penting yang sering dibahaskan dari pelbagai perspektif.
Buku ini membawa para pembaca untuk menyoroti aspek tersebut mengikut konteks tempatan berlandaskan sejarah perundangan bagi pembentukan amalan yang bersesuaian di Malaysia. Buku ini berusaha untuk merentasi jurang pemikiran yang ada dengan membawa naratif baharu melalui rekonstruksi konsep kerakyatan, kebangsaan dan kewarganegaraan berteraskan pemupukan nilai watan sebagai impetus menjayakan agenda perpaduan rakyat Malaysia yang madani melalui semangat cintakan tanah air berpendekatan asimilasi dan akomodasi.
Raja berperlembagaan yang mewakili kesetiaan kepada raja dan negara yang menjunjung hidup bertuhan, kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan merupakan empat prinsip Rukun Negara yang diangkat untuk mengukuhkan konsep Malaysia Madani dari sudut etika tadbir urusnya. Selanjutnya, jati diri bangsa Malaysia mengemukakan aspek yang perlu disantuni dengan penuh kesusilaan oleh setiap warganegara Malaysia dengan mengekalkan nilai kemoralan berteraskan agama dan adat tempatan melengkapi prinsip Rukun Negara.
Konsep Malaysia Madani seperti diletakkan dalam kerangka etika berpaksikan sistem politik dan perundangan yang berkeluhuran Perlembagaan Persekutuan diyakini dapat membina semula ketamadunan Malaysia yang sejahtera tanpa mencicirkan unsur insani dan jiwa bangsa.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.




.png?1505614499861)
.png?1505614471291)

