Keseimbangan Sosial Dari Perspektif Islam
Author: Mohd Sabri Abdul Ghafar
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834921408
Weight: 0.250kg
Page: 188
Year: 2020
Price: RM30
Buku ini memaparkan secara teperinci konsep kesimbangan sosial berdasarkan dalil-dalil yang jelas daripada Al-Quran dan sunah. Perbincangan buku ini tertumpu kepada cara bagaimana islam mewujudkan keseimbangan sosial dalam masyarakat dan mengenal pasti faktor-faktor yang boleh mewujudkan ketidakseimbangan sosial. Kupasan yang diberikan oleh penulis tidak hanya berlegar dari sudut teori, bahkan penulis membawa pembaca untuk menilai keadaan sosioekonomi masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Keunikan masyarakat majmuk di Malaysia menjadikan tugas kerajaan untuk mencapai keseimbangan sosial semakin mencabar. Keberkesanan dalam beberapa usaha kerajaan untuk menghapuskan jurang ekonomi dan sosial telah dianalisis secara kritikal oleh penulis. Buku ini turut membincangkan aspek sejarah lampau negara ini dan realiti pada masa kini bagi membantu pembaca meneroka masa hadapan masyarakat Malaysia yang lebih gemilang.
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.