Keselamatan dan Kesihatan Di Rumah

RM40.00
9786294862524
In stock
+

Keselamatan dan Kesihatan Di Rumah 

Authors: Anuar Ithnin
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294862524
Weight: gsm
Pages: pp
Year: 2024
Price: RM40

Persekitaran rumah yang kondusif dapat meningkatkan tahap keselesaan dan keselamatan kepada penghuninya. Buku Keselamatan dan Kesihatan di Rumah ini memperihalkan tentang aspek keselamatan dan kesihatan di rumah yang terdiri daripada aktiviti yang dilakukan seperti aktiviti memasak, mengemas, mencuci, penyelenggaraan peralatan, perkebunan dan sebagainya. Aktiviti di rumah merupakan kerja yang rutin dan dilakukan setiap hari, keadaan ini akan menyebabkan berlaku masalah muskuloskeletal akibat daripada postur badan yang kekok dan pergerakan yang berulang dengan kerap. 

Dalam aspek keselamatan dan kesihatan, aktiviti di rumah juga tidak terkecuali dari terdedah kepada bahaya dan hazard yang berbahaya kepada kesihatan yang berpunca dari hazard kimia, fizikal, ergonomik, psikologi dan kualiti udara dalaman yang turut dibincangkan dalam buku ini. Kewujudan bahaya di rumah merupakan faktor utama yang mempengaruhi kadar kemalangan jika sekiranya hazard tersebut menyebabkan kemudaratan kepada penghuni melalui persekitaran dan tingkah laku yang tidak selamat. 

Kesemua bahaya yang terdapat di rumah perlu dikenal pasti, dinilai dan dikawal. Keadaan ini dapat dicapai apabila risiko bahaya yang terhasil daripada aktiviti di rumah dapat diurus dan dikawal dengan berkesan, seterusnya dapat mencegah kejadian kemalangan.

Buku ini turut membincangkan konsep amalan 5S di rumah yang menitikberatkan kualiti persekitaran yang selesa, kemas dan selamat di rumah. Selain itu, penilaian risiko bahaya di rumah turut diterangkan menggunakan kaedah HIRARC, dalam pengenalpasti hazard, penilaian risiko dan pengawalan risiko yang merupakan satu proses yang dilakukan secara berterusan. 

Dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan penghuni terjamin, pihak ibu bapa dan masyarakat umumnya boleh menjadikan buku ini sebagai panduan melaksanakan Pengurusan keselamatan dan kesihatan di rumah. Buku ini juga sesuai sebagai rujukan atau bacaan umum kepada mereka yang berminat mendalami bidang keselamatan dan kesihatan terutamanya di rumah.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


OUR GUARANTEE

CONTACT US