​Kesihatan Mental Dalam Kaunseling

RM40.00
10 days
9789672908135
In stock
+

Kesihatan Mental Dalam Kaunseling

Editor: Samsiah Mohd Jais

Publisher: UPSI Press

ISBN: 9789672908135

Weight: 400

Pages: 313

Year: 2021

Price: RM40


Masalah kesihatan mental semakin mendapat perhatian meluas masyarakat Malaysia pada hari ini dan bukan lagi satu topik tabu atau terpencil seperti dahulu kerana impaknya yang besar kepada kesejahteraan kehidupan manusia. Masalah kesihatan mental yang tidak dirawat bukan sahaja akan memberi impak negatif malah mendedahkan individu atau klien kepada tindakan memudaratkan termasuk bunuh diri. Dalam konteks ini, peranan kaunselor dan profesional perkhidmatan manusia yang lain amatlah kritikal dalam memberikan bantuan psikologi bagi mencegah masalah kesihatan mental menjadi lebih tenat.

Pengesanan awal simptom amat penting supaya klien boleh dibantu dan dirawat dengan segera. Justeru, buku Kesihatan Mental dalam Kaunseling dihasilkan untuk meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran tentang kesihatan mental dalam amalan kaunseling khususnya dalam kaunseling kesihatan mental. Kesemua 10 tajuk yang dibincangkan dalam buku ini merupakan landasan terbaik untuk kaunselor dan profesional kesihatan mental yang lain melengkapkan diri dengan pendidikan kesihatan mental dan kemahiran asas klinikal yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan kaunseling yang profesional dan beretika dalam pelbagai seting khususnya dalam seting kesihatan mental di hospital, komuniti, pemulihan, kebajikan, rumah perlindungan, sekolah dan organisasi. Penghasilan buku ini diharap dapat memantapkan kecekapan kaunselor mengendalikan kes-kes berkaitan masalah kesihatan mental dan seterusnya dapat berkolaborasi dengan profesional kesihatan mental lain dalam mempromosi kesejahteraan mental klien serta memartabatkan bidang kaunseling khususnya kaunseling kesihatan mental.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI