Keusahawanan Mendepani Pandemik Covid-19

RM30.00
9789672514251
In stock
+

Keusahawanan Mendepani Pandemik Covid-19

Editors: Zafir Mohd Makhbul, Lokhman Hakim Osman, Fazilah Mohamad Hasun
Publisher: UKM Press
ISBN: 9789672514251
Weight: 0.2kg
Pages: 128pp
Year: 2021
Price: RM30

Keterbatasan pergerakan dan aktiviti sosial, kehilangan pekerjaan serta penutupan perniagaan kini menjadi santapan harian yang menyesakkan dada dan menimbulkan stres tidak terkawal dalam kalangan usahawan. Usahawan berasa stres membangunkan semula perniagaan yang terkesan dan terjejas teruk akibat COVID-19 dan aktiviti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walaupun ramai memperkatakan strategi penjarakan fizikal sebagai tumpuan utama mendepani pandemik COVID-19, isu ekonomi dan sosial rakyat serta kebangkitan semula sektor keusahawanan perlu difikirkan bersama. Peralihan paradigma yang lebih sihat dan positif melalui ilmu pengetahuan dan pendidikan mampu membantu usahawan untuk bangkit kembali daripada cengkaman stres pandemik COVID-19. Melalui pembelajaran dan pengalaman tahun 2020, setiap usahawan perlu berupaya mengadaptasi perubahan, bersikap positif dan bersedia menerima cabaran yang lebih besar dan kritikal. Jadilah seorang usahawan yang berupaya mengawal persekitaran dan mengubah stres negatif kepada positif. Inilah antara inti pati utama yang cuba ditonjolkan oleh penulis dalam setiap bab buku ini. Kekuatan dan keistimewaan buku ini mengetengahkan karya dan hasil penyelidikan bermutu yang sesuai untuk pembacaan dalam kalangan komuniti umum.

ZAFIR MOHD MAKHBUL, PhD, merupakan Profesor di UKM-Graduate School of Business dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan. Bidang penyelidikan beliau meliputi pengurusan sumber manusia dan pengurusan organisasi.

LOKHMAN HAKIM OSMAN, PhD, merupakan Profesor Madya di Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UKM. Bidang penyelidikan beliau tertumpu dalam bidang pengurusan operasi, logistik dan rangkaian.

FAZILAH MOHAMAD HASUN, MSc., merupakan penulis bebas sepenuh masa. Bidang penyelidikan dan penulisan beliau meliputi pengurusan sumber manusia, latihan dan pembangunan serta pengurusan organisasi.

1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.

2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'

3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.

4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.

5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.

6) Klik "Submit My Order".

Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:

HUBUNGI KAMI

Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.

Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.

Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.

1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.

2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.

3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.

4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.

Buku yang Sesuai Dibeli Bersama


JAMINAN KAMI

HUBUNGI KAMI