Kias Tersirat: Perantauan Bertemu Melayu & Islam Di Dunia Melayu Benua
Author: Herman Abdullah
Publisher: USIM Press
ISBN: 9789674402723
Weight: 0.48
Pages: 320pp
Year: 2016
Price: RM85
“Orang Melayu tidak perlu lagi duduk termenung dalam dilema yang tidak sudah-sudah. Orang Melayu tidak perlu lagi berasa kecil kerana telah dikecilkan oleh sejarah hasil tipu muslihat penjajah, maka yang paling utama ialah sempadan sejarah dan ilusi yang menyempitkan minda Melayu itulah yang perlu ditiadakan dahulu!”
(Herman Abdullah)
Fotojurnal ini memaparkan bukti-bukti empirikal tentang kewujudan bangsa Melayu di Benua Melayu yang pernah meneroka benua tanpa mengenal erti sempadan daratan mahupun lautan. Umpama terowong masa, ada ketika, dengan sabar dan tabah, konvoi pasukan Jejak Warisan Jawi bersama-sama penulis membawa para pembaca kembali ke zaman silam; menjejaki realiti kisah percintaan, peperangan, keberanian, kesetiakawanan, kezuhudan, kedayatahanan yang disulam pula dengan penemuan bukti-bukti tentang keindahan peradaban dan ketamadunan tinggi sebuah bangsa yang 1437 tahun dahulu secara bijaksana telah behijrah menjadikan Islam sebagai pegangan dan pedoman untuk mengharungi pahit manis kehidupan; pusaka ilmu paling berharga yang ditinggalkan untuk anak cucu hari ini. Fotojurnal ini adalah sebuah refleksi yang sangat bermanfaat lagi berguna untuk seluruh umat Melayu di Alam Melayu yang masih tercari-cari seluas mana wilayah Benua Melayu itu? Sebuah karya yang secara tegas memadamkan fantasi sejarah yang sempit, sempadan yang menyekat dan membelengu minda Melayu selama ini. Sesungguhnya, naskhah ini seharusnya diwarisi oleh generasi kini dan akan datang, sebagai azimat penguat jatidiri, mudah-mudahan warisan itu kelak tidak hilang daripada genggaman.
“Jika pada sekeping lukisan terkandung padanya seribu perkataan, maka pada setiap kiasan terwakil padanya seribu makna yang tersirat.”
(Herman Abdullah)
1) 'Sign in' di terlebih dahulu. Klik di sini.
2) Pilih buku-buku pilihan dengan klik 'Add to Cart'
3) Klik 'Checkout' untuk meneruskan pembelian.
4) Lengkapkan maklumat & alamat penghantaran.
5) Pilih kaedah penghantaran & bayaran yang sesuai.
6) Klik "Submit My Order".
Sekiranya ada kesulitan untuk membeli secara online di website, mohon hubungi kami dengan cara berikut:
HUBUNGI KAMI
Klik butang di atas untuk berkomunikasi dengan kami.
Kami menggunakan perkhidmatan J&T Express untuk penghantaran ke seluruh negara.
Tempoh masa penghantaran adalah 2 - 7 hari bekerja.
1. Pemprosesan & penghantaran pesanan dibuat pada hari Isnin sehingga Sabtu.
2. Sekiranya syarikat kurier cuti, pesanan tetap akan diproses, tetapi hanya akan dihantar apabila syarikat kurier mula beroperasi.
3. Nombor pengesanan (tracking number) akan dihantar terus ke email anda.
4. Kami akan maklumkan lebih awal jika ada perubahan waktu operasi semasa musim perayaan atau lain-lain.